CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3906|Reply: 12

‘Budak Tu Lahir Dari Hubungan Pura-Pura, Dia Kena Terima Dia Akan Ada 2 Mak & 2 Ayah’ – Suami Isteri Songsang

  [Copy link]
Post time 8-5-2024 08:58 PM | Show all posts |Read mode






Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘sisi gelap’ rumah tangganya dengan mengakui bahawa dia dan isteri sebenarnya menyukai kaum sejenis.


Menerusi luahan yang dikongsikan semula di aplikasi X, lelaki berusia 27 tahun itu mengakui dia dan isteri terpaksa mendirikan rumah tangga selepas didesak oleh keluarga kedua-dua belah pihak.








"Aku tak ada ‘suami’ lain tapi isteri aku ada. Aku mula-mula tahu dia macam tu masa awal kahwin. Tiap kali bila ajak bersama, dia beri banyak alasan. Tapi aku bersyukur sebab tak perlu buat benda tu. Aku pun ajak-ajak ayam je. Tak ada niat nak bersama."


Pada awalnya mereka tidak berdepan dengan sebarang masalah sehinggalah pada suatu hari, ibu bapa mereka mula bertanya tentang zuriat. Akhirnya, dia dan isteri bersetuju untuk menunaikan permintaan keluarga.


"Budak tu lahir daripada hubungan pura-pura. AKu tak tahu macam mana nak hadap bila dia lahir nanti. Isteri aku pula dah nekad lepas beranak, dia nak aku ceraikan sebab dia kata goal dia untuk beri menantu dan cucu untuk mak ayah dia dah selesai."


Ujar individu ini lagi, dia akui sudah penat hidup dalam kepura-puraan selama 5 tahun dan disebabkan itu juga, dia bersetuju dengan cadangan isterinya untuk berpisah.


"Budak yang lahir tu nanti kami janji akan jaga sama-sama. Cumanya dia akan ada dua mak dan dua ayah. Aku juga harap yang budak ni nanti tak perlu lalu apa yang mak ayah dia lalui. Aku dengan isteri tak kisah dia nak jadi apa, janji dia tak perlu hidup dalam kepura-puraan."


"Aku sejujurnya selalu doa agar Allah tarik nyawa ibu bapa aku cepat sebab aku dah tak sanggup menipu. Aku rasa aku anak derhaka sebab fikir benda mcam ni tapi aku dah korbankan diri aku untuk kekal taat kepada mereka."


Dalam kesempatan itu. individu tersebut sempat meminta orang ramai mendoakan agar urusan isterinya untuk melahirkan zuriat mereka dipermudahkan.


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan nasihat dan doa agar pasangan tersebut segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.


Sumber: X Mein Mokhtar/Ohbulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2024 11:46 PM | Show all posts
macam mana lah agaknya kalau gay kahwin dengan lesbian
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 10:05 AM | Show all posts
jejai: macam mana lah agaknya kalau gay kahwin dengan lesbian


..kawan meols ada... dia feeling bini dia (pengkid/tomboy) tu suami... masing2 buat seks pun sebab family nak anak/cucu/waris... tapi masing2 ada partner & tahu rahsia masing2...

Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 01:21 PM | Show all posts
Patut tarik nyawa ko cepat sebb merosakkan hidup anak tu je. Dah ada anak obviously kena bagi didikan agama..abis dah mak bapak pun kelaut, better jgn ada anak kalau setakat nak puaskan hati org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 09:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah came out as LGBT, family pula paksa kawin non homo punya pasangan.

Bodo punya family. Bodo bodo bodo. Sambung la korang keturunan LGBT tu. Patutnya stop kat anak korang tu jah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2024 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
pastu panggil anak tu "budak" ..kesiannya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-5-2024 09:42 AM | Show all posts
dah dpt benda yg nikmat pun masih nk terus menipu diri sendiri semata2 demi nafsu songsang
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazreena replied at 9-5-2024 01:21 PM
Patut tarik nyawa ko cepat sebb merosakkan hidup anak tu je. Dah ada anak obviously kena bagi didika ...

Weh betul..apo doakan tarik nyawa mak ayah hang..kurang asamm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 06:57 PM | Show all posts
Tiggybiru replied at 28-5-2024 05:31 PM
Weh betul..apo doakan tarik nyawa mak ayah hang..kurang asamm

Apa yg kurang asamnya...lagi kurang asam ko ada anak tapi tak bagi didikan agama, values yg sepatutnya. Hidup dlm kepuraan-puraan demi menjaga nama, perasaan org lain. Hidup ni kena bertggjwb. Nak songsang, jgn libatkan org yg tak berdosa dari mula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazreena replied at 28-5-2024 06:57 PM
Apa yg kurang asamnya...lagi kurang asam ko ada anak tapi tak bagi didikan agama, values yg sepatu ...

Kurang asam sbb dia doakan makayah dia mati cepat…
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 12:07 AM | Show all posts
Tiggybiru replied at 28-5-2024 11:38 PM
Kurang asam sbb dia doakan makayah dia mati cepat…

Mintak mahap..iols tersalah baca..tu la mangkuk hayun tu..dah salah lagi nak salahkan parents. Kalau mak dia tau la anak dia doakan centu, sesilap mak dia gunakan kuasa doa tanpa hijab utk doakan anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2024 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 28-5-2024 09:42 AM
dah dpt benda yg nikmat pun masih nk terus menipu diri sendiri semata2 demi nafsu songsang

Maybe nikmat pd ko tp x nikmat pd dia. Kenikmatan setiap org berbeza. Ada org drive H br nikmat Dan ada org drive viva pun da nikmat.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2024 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya anak tu nanti.. makin giler la dunia ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:06 AM GMT+8 , Processed in 0.089832 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list