CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14359|Reply: 0

[Sarawak] Pelajar Malaysia cemerlang dalam kejohanan robot

[Copy link]
Post time 12-5-2024 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Kejohanan disertai 149 peserta terdiri daripada pelajar Malaysia, Taiwan, China, Macau dan Vietnam



Tetamu serta penganjur bersama peserta dan pemenang kejohanan robot di Miri malam tadi.
"Dedikasi, semangat dan semangat kesukanan sememangnya patut dicontohi dan anda telah melakukannya dengan meninggalkan kesan tidak dapat dilupakan pada acara ini."

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan

Oleh Steve Annuar

MIRI: Pasukan Malaysia memperoleh kejayaan cemerlang pada Kejohanan Robot Antarabangsa Borneo Robomission Battle LEGO Education SPIKE Prime berakhir semalam.

Kejohanan diadakan di sini disertai seramai 149 peserta terdiri daripada pelajar dari Malaysia, Taiwan, China, Macau dan Vietnam.

Keputusan pertandingan adalah seperti berikut: kategori (sekolah rendah) juara ialah Super Hero dari Pulau Pinang, naib juara ialah Aichun IA (Malaysia), ketiga dimenangi SJKCTH (Malaysia) dan keempat ialah Kevin's Fighter (Malaysia).

Bagi kategori junior, juara dirangkul OFDL RXT (Taiwan), naib juara dimenangi HSBP 2 (Malaysia), ketiga ialah SAKTI Tiger (Malaysia) dan keempat dimenangi CL Lower C  (Malaysia).

Kategori senior, juara ialah UP! UP! CHM 05 (SMK Chung Hua Miri), naib juara dimenangi HSBP Senior Neobot (Malaysia), ketiga ialah Short Circuit (Malaysia) dan keempat ialah CL Upper B (Malaysia).

Sementara kategori RoboSports, juara disandang oleh UP! UP! CHM 07 (SMK Chung Hua Miri), naib juara dimenangi OFDL CPH (Taiwan), ketiga ialah OFDL IDK (Taiwan) dan keempat ialah SAKTI Pheonix (Malaysia).

Majlis penutupan kejohanan ini diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi dihadiri Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Dalam teks ucapannya, Abdul Karim berkata aktiviti itu berjaya menampilkan bakat, kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar.

"Dedikasi, semangat dan semangat kesukanan sememangnya patut dicontohi dan anda telah melakukannya dengan meninggalkan kesan tidak dapat dilupakan pada acara ini," katanya.

Tetamu dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Datu Dr Azhar Ahmad, Pengetua SMK Chung Hua Miri Lai Jia Ling dan Pegawai Pendidikan Daerah Miri Mariam Monek.

Aktiviti empat hari itu dianjurkan bersama Sasbadi Learning Solution dan SMK Chung Hua Miri dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Pertandingan adalah untuk menyemarakkan minat pelajar dalam Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta memperhalusi kemahiran berfikir kritis, memupuk kreativiti dan meningkatkan kebolehan menyelesaikan masalah dalam kalangan peserta.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063595 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list