CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4330|Reply: 2

[Perak] Nelayan, pembantu kedai makan didakwa edar 21kg heroin

  [Copy link]
Post time 13-5-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode

MOHD Fauzi dan Dzulkarnai dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas pertuduhan secara bersama mengedar 21.03 kilogram (kg) dadah jenis heroin, dua minggu lalu. FOTO Ihsan pembaca

Taiping: Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar 21.03 kilogram (kg) dadah jenis heroin, dua minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Fauzi Mohd Mokhtar, 42, yang juga nelayan dan Dzulkarnai Maliki, 47, yang bekerja sebagai pembantu kedai makan, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Atiqah Sapari, namun tiada pengakuan direkodkan.

Berdasarkan pertuduhan, dua lelaki itu didakwa secara bersama mengedar dadah berbahaya jenis heroin seberat 21,037.10 gram dengan mereka melakukan perbuatan itu di kawasan tempat letak kereta di hadapan bangunan kedai di Jalan Medan Simpang, di sini, jam 11.15 malam, 3 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah 39B(2) akta sama.

Sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati atau penjara seumur hidup.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya S Nishaalini manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan 12 Julai ini sebagai tarikh untuk sebutan semula kes dan serahan laporan kimia.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... wa-edar-21kg-heroin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2024 02:00 PM | Show all posts
Semoga insaf dengan penangkapan ini
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2024 10:22 PM | Show all posts
Ke tali gantung lah jawabnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:06 AM GMT+8 , Processed in 0.109600 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list