CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4099|Reply: 1

MotoGP: Jorge Martin terus bukti kehandalan

[Copy link]
Post time 14-5-2024 11:19 AM | Show all posts |Read mode

MARTIN muncul juara pada GP Perancis di litar Le Mans kelmarin selepas mengatasi cabaran Marquez dan Bagnaia. - AFP

PARIS – Pelumba Sepanyol, Jorge Martin mengakui dia tidak mempunyai apa-apa untuk ‘dipersembahkan’ kepada Ducati sejurus mencipta kemenangan di Grand Prix (GP) Perancis kelmarin.

Pelumba Pramac itu merasakan dia layak untuk mendapat tempat bersama pasukan utama Ducati musim depan sejurus mencipta dua kemenangan di Litar Le Mans itu menerusi pertarungan epik dengan Francesco Bagnaia.

Martin berpendapat prestasi semasanya tidak perlu dijadikan ukuran untuk menentukan destinasinya musim depan selepas apa yang dilakukan sebelum ini dianggap cukup untuk membolehkannya menjadi rakan sepasukan Bagnaia.

“Saya rasa saya tidak mempunyai apa-apa untuk ditunjukkan ketika ini. Mengenai masa depan, saya boleh katakan perkara yang akan berlaku pada perlumbaan seterusnya tidak akan berubah.

“Walaupun saya menang dan terjatuh saya sudah melakukan apa yang perlu dilakukan. Ketika ini, saya sangat gembira dengan prestasi semasa.

“Saya pelumba yang sama seperti semalam, pelumba yang sama seperti Khamis lalu. Jika mereka (Ducati) perlu membuat keputusan, mereka sudah mempunyai pilihan untuk membuat keputusan.

“Saya benar-benar mahu menyertai pasukan utama Ducati, tetapi jika mereka tidak mahu saya, maka saya akan ‘serahkan’ bakat dan kemampuan saya kepada pasukan lain,” katanya selepas kejayaan di Le Mans.

Pada perlumbaan di Perancis, Martin yang muncul juara dalam perlumbaan Sprint terus mencipta magis dengan melakar kemenangan ketika menewaskan Bagnaia dan Marc Marquez.

Hasil keputusan tersebut, Martin terus gah mengukuhkan cengkaman di tangga teratas dalam perebutan gelaran dunia dengan meninggalkan Bagnaia di tangga kedua dengan kelebihan 38 mata.

Marquez yang menamatkan perlumbaan tempat kedua sejurus memintas Bagnaia di pusingan terakhir berjaya menempatkan dirinya di tangga ketiga keseluruhan dengan mengumpul 89 mata. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... s-bukti-kehandalan/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 07:23 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056811 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list