CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5112|Reply: 0

[Johor] Air kumbahan mentah punca Sungai Selangkah berbau

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:44 PM | Show all posts |Read mode

PENCEMARAN bau Sungai Selangkah di Jalan Seluang, Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang berpunca daripada pelepasan air kumbahan mentah dari rumah pam berhampiran yang rosak, Ahad lalu.

JOHOR BAHRU – Pencemaran bau Sungai Selangkah di Jalan Seluang, Taman Tanjung Puteri Resort, Pasir Gudang, di sini bukan berpunca daripada kilang yang beroperasi di sekitar kawasan itu.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff berkata, hasil siasatan dijalankan pihaknya mengesyaki terdapat pelepasan air kumbahan mentah dari rumah pam yang rosak berhampiran kawasan berkenaan.

Menurutnya, berlaku pengaliran keluar daripada rumah pam berkenaan yang memasuki terus ke sungai terbabit dan pihaknya sudah meminta pengurusan rumah pam berkenaan menjalankan usaha membaik pulih kerosakan serta-merta.

“Mereka juga diminta untuk mengemukan laporan kerja-kerja pembaikan serta pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) juga dimaklumkan bagi tindakan susulan mengikut bidang kuasa Span,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) zon Tanjung Puteri, Omar Ponijan berkata, kejadian berlaku apabila rumah pam di Rumah Pangsa Air Biru tidak dapat berfungsi dengan baik akibat kerosakan mesin jana kuasa.

Beliau berkata, buat masa ini, kerja pembaikpulihan sedang dijalankan, manakala tahap pencemaran bau di Sungai Selangkah semakin pulih dan warna sungai juga adalah lebih baik.

Ahad lalu, Kosmo! melaporkan kira-kira 100 penduduk yang tinggal berhampiran Sungai Selangkah di Jalan Seluang, Taman Tanjung Puteri Resort di sini semakin bimbang dengan masalah pencemaran bau yang berulang kebelakangan ini. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... i-selangkah-berbau/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.160018 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list