CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6031|Reply: 0

Akhyar tak sabar beraksi bersama TFC

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:19 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid (dua dari kanan) menjalani latihan pertama bersama pasukan, semalam selepas pulih daripada kecederaan. - Foto NSTP/ Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: Selepas hampir dua minggu berehat susulan kecederaan dialaminya kerana dipukul, tonggak Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid kembali menjalani latihan bersama pasukan, petang semalam.

Ketika ditemui pada sesi latihan di Pusat Latihan TFC Gong Badak, Akhyar mengakui bagaikan tidak sabar untuk membuat penampilan pertama bersama pasukan baharunya itu pada musim ini.

Pemain pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata, semangatnya untuk beraksi tidak pernah pudar biarpun insiden menjadi mangsa samun meninggalkan kesan yang mendalam kepadanya.

"Tahap kecederaan saya kini semakin pulih dan sudah mula jalani latihan ringan bersama rakan sepasukan pada hari ini (semalam) selepas hampir dua minggu berehat.


"Saya anggarkan dalam tiga hari lagi saya mampu memakai but bola selepas jahitan dibuka akibat kecederaan itu. Semangat saya untuk membantu pasukan TFC ini sama seperti sebelum ini.

"Berdepan Penang FC dalam aksi kedua Liga Super pada Ahad ini, saya sedia untuk diturunkan selepas terlepas aksi pertama menentang Perak FC. Namun, ia terserah kepada ketua jurulatih, Tomislav Steinbruckner untuk menentukan.

"Jika tidak dapat bermain pastinya sedih, tapi saya percaya barisan kejurulatihan ada perancangan tersendiri untuk saya, jadi saya mahu fokus jalani latihan terlebih dahulu dan mahu cergas sepenuhnya selain mendapat keyakinan semula," katanya.

Dalam pada itu pemain kelahiran Kedah berusia 25 tahun itu tekad mahu melupakan kejadian itu walaupun mengakui masih lagi trauma akibat dipukul dan disamun.

"Insya-Allah dengan sokongan dan doa keluarga, pihak pengurusan, rakan sepasukan dan juga seluruh peminat bola sepak tanah air, saya mahu lupakan kejadian itu dengan segera biarpun kini masih lagi trauma," katanya.

Pada 2 Mei lalu, sukan bola sepak negara digemparkan dengan insiden samun dan pukul yang menimpa Akhyar berdekatan kondominium kediamannya dekat bandar Kuala Terengganu sehingga menyebabkan pemain itu menerima empat jahitan di kepala dan dua di kaki selain kerugian hampir RM5,000.

https://www.bharian.com.my/sukan ... beraksi-bersama-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.057465 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list