CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6014|Reply: 0

[Melaka] Tular ‘Elmo’ tumbuk muka lelaki di kaki lima

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

TANGKAP layar klip video tular memaparkan ‘Elmo’ menumbuk seorang lelaki di kaki lima sebuah pusat beli-belah di Melaka.

MELAKA – Satu klip video tular di media sosial sejak semalam memaparkan seorang individu yang mengenakan kostum ‘Elmo’ memukul lelaki sehingga cedera di kaki lima sebuah pusat beli-belah di sini.

Dalam video berdurasi 34 saat itu, individu itu dilihat menumbuk muka lelaki berkenaan sehingga berdarah sebelum ditegur oleh orang awam.

Dia mendakwa perbuatannya itu disebabkan oleh tindakan mangsa yang terlebih dahulu menumbuknya pada bahagian perut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian.

“Kita akan semak dahulu sama ada video tersebut adalah klip lama atau baru. Jika ia baru berlaku, kita akan buat laporan supaya tindakan dapat diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... elaki-di-kaki-lima/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:01 PM GMT+8 , Processed in 0.064608 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list