CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4629|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Angkat tenunan Melayu kurang dapat perhatian - Tuanku Zara

[Copy link]
Post time 16-5-2024 08:26 AM | Show all posts |Read mode

TUANKU Zara Salim (kanan) berkenan melawat reruai pameran tenunan selepas merasmikan Pameran Limar ‘ Tenum Warisan Yang Kian Dilupakan’ di Muzium Seni Asia Universiti Malaya hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim mahu pihak yang berkaitan mengangkat hasil tenunan-tenunan Melayu yang kurang mendapat perhatian supaya menjadi inspirasi rekaan kepada pereka tekstil sekali gus menjadikan setiap rekaan mempunyai jati diri dan gambaran nuansa masyarakat.

Tuanku Zara bertitah usaha yang komprehensif perlu dilaksanakan dengan penglibatan pelbagai pihak agar manfaat penyelidikan dan keistimewaan tenunan ini dapat diketengahkan kepada lebih ramai lagi selain terus membugar dan tidak ditelan zaman.

"Usaha pihak muzium mempamerkan dan mendokumentasikan koleksi limar yang dimiliki merupakan satu usaha yang terpuji.

"Limar merupakan antara tenunan sutera Melayu yang menggunakan teknik ikat yang kurang mendapat perhatian sewajarnya tidak seperti tekstil-tekstil Melayu yang lain seperti songket dan batik.


"Umumnya, di Semenanjung limar dibuat dan banyak boleh ditemui di Kelantan, Terengganu, Patani (Thailand) dan Utara Perak," titah Tuanku Zara semasa merasmikan Pameran Limar Tenunan 'Warisan yang kian dilupakan' di Muzium Seni Asia Universiti Malaya di sini malam ini.

Sementara itu, Tuanku Zara bertitah pembuatan kain limar yang kompleks dan penggunaan bahan mewah seperti sutera bermutu tinggi, bahan perwarna yang diimport dan benang emas menyebabkan kesenian ini terpinggir.

Keberangkatan tiba Tuanku Zara pada 8.30 malam tadi diiringi Naib Canselor UM Prof Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Tan Sri Zarinah Anwar.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rhatian-tuanku-zara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 11:51 AM GMT+8 , Processed in 0.065626 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list