CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6779|Reply: 0

[Selangor] Polis sahkan tumpahan minyak punca kereta terbabas

[Copy link]
Post time 16-5-2024 12:32 PM | Show all posts |Read mode

Tangkap layar sebuah kereta yang terbabas akibat tumpahan minyak di Klang. - Foto tular

KLANG: Polis mengesahkan terdapat kesan tumpahan minyak diesel di lorong kanan di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah dari arah Bukit Tinggi ke menghala ke bulatan Simpang Lima di sini yang menyebabkan beberapa buah kereta terbabas, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, lokasi kemalangan adalah jalan sehala berselekoh dan mempunyai tiga lorong.

"Terdapat kesan tumpahan minyak diesel di lorong paling kanan dan sehingga kini, hanya seorang pemilik kenderaan yang terbabit tampil membuat laporan kemalangan di Balai Polis Trafik, Klang Selatan.


"Kemalangan membabitkan beberapa kenderaan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Bagaimanapun, siasatan juga dijalankan dari sudut jenayah sekiranya terdapat unsur-unsur khianat dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, tersebarnya satu rakaman dari papan pemuka sebuah kereta yang menunjukkan kereta terbabas serta berpusing ketika melalui jalan berkenaan.

Menerusi rakaman 30 saat itu, dilihat beberapa buah kereta lagi turut terbabas dipercayai akibat permukaan jalan yang licin.

Hoong Fong berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan boleh segera tampil membantu siasatan.

Katanya, kesan tumpahan minyak sudah dibersihkan oleh pihak penyelenggaran jalan projek Transit Aliran Ringan (LRT3) dan jalan berkenaan kini selamat digunakan.

"Orang ramai dinasihatkan berhati-hati semasa memandu terutamanya di waktu malam dan mematuhi peraturan dan undang lalu lintas yang ditetapkan," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... nca-kereta-terbabas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.068452 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list