CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8743|Reply: 1

Safee harap Selangor, TFC rampas Piala Malaysia dari JDT

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Safee percaya JDT akan mempertahankan kejuaraan Liga Super musim ini.

KUALA LUMPUR: Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali menjangkakan trofi Liga Super akan terus kekal dalam dakapan Johor Darul Ta'zim (JDT) buat kali ke-11 berturut-turut.

Jangkaan itu dibuat Safee berdasarkan skuad besar dan berkualiti tinggi dimiliki Harimau Selatan yang mana turut dibarisi pemain simpanan berstatus kebangsaan.

Namun, bagi saingan Piala Malaysia, dia mengharapkan pasukan lain iaitu Selangor FC (SFC) atau Terengganu (TFC) boleh merampas trofi itu dari JDT bagi musim ini.

"Untuk Liga Super saya masih memilih JDT sebab mereka ada skuad yang sangat besar. Pemain di bangku simpanan pun (kualiti) tahap pasukan kebangsaan yang mana mereka boleh ganti mana-mana pemain dan tahap permainan itu sama.


"Itu kelebihan JDT sebab Liga Super persaingan yang panjang. Untuk Piala Malaysia, saingan ini sangat menarik, Saya mengharapkan pasukan lain boleh juara.

"Saya mengharapkan Selangor atau Terengganu boleh menjuarai untuk Piala Malaysia musim ini," katanya di saluran YouTube miliknya, Sports Tarik.

Untuk rekod, JDT yang mendominasi kejuaraan Liga Super selama sedekad sejak 2014 turut mempertahankan semua trofi termasuk Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia buat dua tahun berturut-turut pada 2022 dan 2023.

Selain itu, Safee yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan termasuk JDT dan Selangor menganggap saingan Piala FA sukar untuk diramal kerana penuh dengan kejutan.

Dia bagaimanapun memilih beberapa pasukan iaitu JDT, Kuala Lumpur (KL) City, Terengganu dan Kedah Darul Aman (KDA) sebagai antara calon juara.

"Piala FA agak sukar sedikit, sebab mana-mana pasukan boleh jadi juara. Sudah pasti saya berasa final JDT dan mereka mungkin akan lawan KL City atau pasukan lain.

"Piala FA ini banyak kejutan. Saya susah nak pilih pasukan mana, dalam fikiran saya yang kuat sekarang adalah Terengganu. Tapi takkan Terengganu sahaja, jadi saya pilih pasukan lain juga, (mungkin) peluang Kedah untuk menjuarai Piala FA tahun ini," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-malaysia-dari-jdt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:05 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:56 PM GMT+8 , Processed in 0.057358 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list