CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8724|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Pengurus hilang RM400,000 sertai pelaburan tak wujud menerusi Whatsapp

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:40 PM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN: Seorang pekerja swasta rugi RM400,000 apabila wang dilaburkan lesap selepas menyertai skim pelaburan tidak wujud sejak hujung Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, mangsa hanya berurusan melalui aplikasi Whatsapp dan membuat 19 transaksi sehingga Ahad lalu.

"Pihak polis menerima satu laporan polis berkait dengan modus operandi sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara atas talian yang membabitkan kerugian berjumlah RM401,075.

"Mangsa seorang lelaki pengurus syarikat swasta yang berurusan melalui Whatsapp dengan beberapa individu yang tidak dikenali dan dipercayai menyertai pelaburan atas talian," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, mangsa dikatakan membuat pindahan wang sebanyak 19 kali menggunakan wang miliknya antara 21 Mac hingga 12 Mei lalu.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, penipuan pelaburan tidak wujud secara atas talian antara kes yang mencatatkan jumlah kerugian tertinggi berbanding kes lain bagi suku pertama 2024.

"Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah percaya kepada pihak yang menawarkan pelaburan dengan keuntungan yang tinggi dan diminta membuat semakan dengan pihak polis bagi mengelak daripada ditipu," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... -tak-wujud-menerusi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:55 PM GMT+8 , Processed in 0.056042 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list