CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8387|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Dua pengawal keselamatan didakwa baling bom petrol di pusat hiburan

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:50 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dakwaan membaling bom petrol ke pintu sebuah pusat hiburan di ibu kota, minggu lalu.

Tertuduh, M Preemraj dan Nor Rahman Sadik, masing-masing berusia 25 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.

Mereka didakwa bersubahat bersama-sama seorang lagi suspek yang masih bebas melakukan khianat dengan api iaitu membaling empat botol yang dinyalakan dengan api ke arah pintu hadapan pusat hiburan terbabit sehingga mengakibatkan kerugian sebanyak RM3,000.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan kelab hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dalam Daerah Dang Wangi, di sini, sekitar 2.17 pagi pada 9 Mei lalu.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 435 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Muhairi Mohamed Noh menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 ke atas setiap tertuduh dengan syarat tambahan iaitu kedua-dua mereka hendaklah melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali.

Bagaimanapun, peguam M V Yoges yang mewakili kedua-dua tertuduh memohon ikat jamin dikurangkan kepada RM5,000 setiap seorang dengan alasan mereka menanggung keluarga, dan tidak membantah syarat tambahan dimohon pendakwaan.

Katanya, Nor Rahman mempunyai isteri dan dua anak masing-masing berusia dua tahun dan 17 hari, manakala Preemraj pula pernah terbabit dalam kemalangan tahun lalu yang menyebabkan tempurung kepalanya retak.

Selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak, Hamidah kemudian membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM5,000 dan mengenakan syarat tambahan seperti dimohon pendakwaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Jun ini bagi sebutan semula kes.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ol-di-pusat-hiburan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.151831 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list