CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7130|Reply: 0

[Kedah] Berjauhan dengan isteri demi bapa, sambil berbakti kepada anjing

[Copy link]
Post time 16-5-2024 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Berjauhan dengan isteri demi bapa, sambil berbakti kepada anjing


Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my



(Gambar kanan) Ahmad Khairozi bersama bapa tercinta,Ahmad Zaki Awang Kechik. (Gambar kiri) Ahmad Khairozi Ahmad Zaki memberi makan kepada anjing jalanan selepas waktu kerja. FOTO Ihsan Ahmad Khairozi Ahmad Zaki




Gurun: Demi menjaga bapa tercinta, Ahmad Khairozi Ahmad Zaki sanggup berjauhan dengan isteri yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Muar, Johor.

Pembantu makmal di Jabatan Kimia Alor Setar, Kedah itu berkata, dia bersyukur kerana isterinya memahami walaupun mereka baru lima tahun mendirikan rumah tangga.

Berkongsi kisahnya, Ahmad Khairozi, 38, berkata selain menjaga bapanya, Ahmad Zaki Awang Kechik, 64, rutin hariannya adalah memberi makan kepada sekumpulan anjing jalanan

Menurutnya, perkara itu dilakukan selepas waktu bekerja iaitu kira-kira 6 petang kecuali jika cuaca tidak baik atau pulang ke Muar, Johor untuk bertemu isteri.

"Ikutkan, saya sudah lama beri makan kepada anjing, seingat saya sejak 2015 lagi.

"Dulu, emak yang selalu bagi makan kepada haiwan seperti monyet dan burung, jadi daripada situ saya terikut.

"Sebenarnya, saya seorang yang takut dengan anjing dan awalnya kumpulan anjing itu memang garang dengan saya.

"Tapi suatu hari, saya ternampak haiwan itu berlegar mencari makanan seolah kelaparan dan kerana kasihan, saya beranikan diri serta ketepi perasaan takut walaupun ada 18 ekor anjing berkumpul dalam satu-satu masa," katanya ketika dihubungi Harian Metro. Menurut Ahmad Khairozi, makanan untuk anjing itu disediakannya sendiri di rumah selepas pulang dari tempat kerja.

"Selesai kerja, saya bergegas pulang ke rumah dahulu untuk mandi dan solat sebelum bergerak ke tempat anjing jalanan berkumpul yang jaraknya lebih kurang enam kilometer (km) dari rumah.

"Saya sudah masak nasi awal pagi lagi sebelum pergi kerja, jadi lebih mudah dan campurkan dengan ayam supaya anjing kenyang lebih lama. Bukan semua anjing makan 'kibbles'," katanya.

Pada awalnya, Ahmad Khairozi menganggap rutin memberi makan kepada anjing jalanan itu sekadar hobi pada waktu terluang.

"Lama kelamaan jadi seronok sampai jadi kemestian untuk beri anjing itu makan setiap hari. Kepuasannya apabila nampak anjing itu makan sampai kenyang dan hati saya pun rasa tenang," katanya. Ahmad Khairozi berkata, sebahagian detik ketika memberi makan kepada anjing sempat dirakam dan dimuat naik di TikTok.

Selain sebagai kenangan, niat Ahmad Khairozi berkongsi di TikTok adalah untuk memberi kesedaran kepada mereka yang menonton supaya menyayangi haiwan.

"Mungkin ada segelintir orang anggap anjing haiwan agresif dan mudah dipandang serong walaupun hanya beri makan kepada anjing.

"Tapi itu bukan alasan untuk kita menganiaya haiwan berkenaan dan saya sendiri pernah terkesan apabila anjing diberi makan mati akibat diracun.

"Memang sedih kerana itu saya nak cuba bela nasib anjing dengan beri makan dan lakukan terbaik ikut yang termampu," katanya.

Katanya, dia juga menganggap peluang menjaga bapanya membuka pintu rezeki selain kesempatan untuk berbakti kepada anjing jalanan itu.



Disiarkan pada: Mei 16, 2024 @ 4:46pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:37 PM GMT+8 , Processed in 0.060411 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list