CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10476|Reply: 0

[Kedah] 'Kami jadi saksi pengakhiran hidup yang baik'

[Copy link]
Post time 17-5-2024 11:28 AM | Show all posts |Read mode
'Kami jadi saksi pengakhiran hidup yang baik'


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my




Jemaah masjid membantu arwah yang tiba-tiba rebah sebelum disahkan meninggal dunia selepas selesai solat Maghrib di Masjid Zahir. FOTO IHSAN Pembaca





Alor Setar: Seorang jemaah wanita meninggal dunia selepas menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Zahir, di sini, semalam.

Pegawai Media Masjid Negeri, Muhd Azam Abdullah berkata, kejadian itu berlaku sekitar jam 8.25 malam ketika jemaah masjid sedang membaca doa dan disusuli bacaan surah Yassin.

Katanya, Rosnah Ramli, 60, tiba-tiba rebah dan disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang datang membuat pemeriksaan terhadapnya.

"Arwah hadir ke masjid bersama suaminya dan mereka terlebih dulu berbuka puasa sebelum menunaikan solat jemaah serta membaca surah Yassin bersama jemaah lain di masjid ini malam tadi.

"Menurut jemaah di sebelahnya, arwah ada menunjukkan tanda tidak selesa sebelum tiba-tiba rebah di ruang solat utama wanita.

"Selepas itu, kami terus menghubungi talian kecemasan dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir mengesahkan dia sudah meninggal dunia," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Rosnah bersama suami sememangnya sering ke masjid itu untuk menyertai pelbagai aktiviti agama selain menunaikan solat jemaah.

Katanya, suaminya juga kelihatan tenang menerima kejadian itu dan segala urusan arwah dipermudahkan.

Dalam pada itu, anak-anak pasangan itu turut hadir ke masjid untuk melihat keadaan ibu mereka.

"Malam tadi kami menjadi saksi kepada sebuah pengakhiran hidup yang sangat baik dan mulia. Semoga ini menjadi pengajaran, iktibar dan pedoman buat kita semua," katanya.

Difahamkan jenazah arwah akan dikebumikan di Kampung Telaga Mas, Pokok Sena, hari ini.



Disiarkan pada: Mei 17, 2024 @ 11:09am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.092576 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list