CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13368|Reply: 0

[Pulau Pinang] Resit tempahan piza hina Islam, 8 individu dirakam keterangan

[Copy link]
Post time 17-5-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode
Resit tempahan piza hina Islam, 8 individu dirakam keterangan


Zuhainy Zulkiffli
am@hmetro.com.my



LAPORAN terdahulu




Bayan Lepas: Lapan individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan kes resit tempahan makanan segera dalam talian yang mempunyai ayat didakwa menghina Islam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, dua daripada lapan individu itu adalah pekerja restoran rangkaian piza itu.

"Kita jalankan siasatan secara menyeluruh. Setakat ini, tiada tangkapan dibuat," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Semalam, media melaporkan mengenai gambar resit yang tular di media sosial selepas dimuat naik di aplikasi X sejak kelmarin dan menimbulkan salah faham apabila ia didakwa ditulis pekerja restoran berkenaan.



Disiarkan pada: Mei 17, 2024 @ 2:22pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.723400 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list