CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2014|Reply: 0

[Perlis] Lelaki cedera, kereta terbakar ketika isi petrol

[Copy link]
Post time 17-5-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki cedera, kereta terbakar ketika isi petrol


Oleh Aizat Sharif - Mei 17, 2024 @ 10:39pm  bhnews@bh.com.my




Keadaan kereta yang tiba-tiba meletup dan terbakar ketika pemandunya sedang mengisi petrol.- Foto ihsan JBPM




KANGAR: Seorang lelaki nyaris maut apabila bahagian tangki petrol keretanya tiba-tiba meletup dan terbakar ketika sedang mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Repoh, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata lelaki yang juga pemandu kereta itu berumur lingkungan 40-an mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan akibat percikan serpihan kaca kereta berkenaan dalam kejadian pada 4.10 petang itu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa sedang mengisi minyak petrol dengan tiba-tiba dipercayai bahagian tangki meletup mengakibatkan kebakaran hampir keseluruhan kereta itu.

"Mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian tangan akibat percikan serpihan kaca keretanya yang meletup dalam kejadian itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Yusharifuddin berkata, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh kakitangan stesen minyak berkenaan sekitar 4.25 petang iaitu 15 minit masa diambil untuk kerja-kerja pemadaman kebakaran.

"Siasatan awal forensik pihak bomba mendapati, punca kebakaran atau cetusan api bermula di bahagian kiri tempat duduk hadapan penumpang.

"Pihak bomba turut mengesyaki, cetusan api itu adalah dari tindak balas sampel yang diambil iaitu sebuah telefon bimbit dengan wap petrol yang berada di dalam kereta itu sehingga tercetusnya percikan api.

"Pihak bomba juga mengambil sampel pengecas telefon bimbit dan rokok di tempat yang dijumpai di bahagian kiri tempat duduk penumpang hadapan itu," katanya.

Beliau berkata, tiada unsur jenayah ditemui dalam kejadian itu.

Mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan selanjutnya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 2.354731 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list