CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6976|Reply: 0

[Johor] Serangan balai polis: 7 suspek termasuk warga Singapura direman tujuh hari

[Copy link]
Post time 18-5-2024 12:01 PM | Show all posts |Read mode

HIDAYATUL (kiri) diiring pegawai polis ketika tiba di IPD Seri Alam, Johor Bahru hari ini bagi mengeluarkan perintah reman terhadap tujuh suspek berhubung serangan Balai Polis Ulu Tiram semalam.

JOHOR BAHRU – Tujuh suspek termasuk seorang rakyat Singapura yang ditahan berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam telah direman tujuh hari, bermula hari ini.

Perintah reman terhadap semua suspek yang berusia antara 19 hingga 62 tahun itu dikeluarkan Majistret, Hidayatul Syuhada Samsudin.

Proses berkenaan dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seri Alam, dekat sini dan bukannya di Mahkamah Majistret Johor Bahru seperti biasa dipercayai atas faktor keselamatan.

Antara yang direman termasuklah bapa kepada suspek yang maut ditembak dalam kejadian semalam, serta dua penuntut institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Kesemua suspek akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Bustaman Menon Abdul Hamid Menon, Sulaiman Zamani dan Muhammad Zahier Rosli yang akan mewakili semua tertuduh, kecuali suspek warga Singapura.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, dua anggota polis maut akibat ditetak dan ditembak seorang suspek lelaki yang dipercayai merupakan ahli kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... direman-tujuh-hari/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.189798 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list