CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3641|Reply: 0

[Terengganu] Remaja balik kampung hadiri kenduri lemas di sungai

[Copy link]
Post time 18-5-2024 02:17 PM | Show all posts |Read mode

Pasukan penyelamat membawa naik mayat remaja yang ditemui lemas ketika mandi di Sungai Besut semalam - Foto ihsan Bomba

BESUT : Seorang remaja lelaki lemas selepas mandi-manda di Sungai Besut di Kampung Tanjung Lali, Kampung Raja di sini petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi SuperintendenAzrol Anuar Nor berkata mayat mangsa Wan Muhamad Irfan Mohd Badrin, 18, ditemukan kira-kira jam 9 pagi tadi pada jarak 500 meter dari lokasi mangsa dikatakan lemas.

"Mangsa berasal dari Kota Bharu, Kelantan dipercayai datang ke Besut bersama datuk dan keluarganya untuk menghadiri kenduri.

"Pada petang semalam mangsa bersama ahli keluarga yang lain dibawa menaiki bot oleh datuknya untuk menyeberangi sungai.


"Mangsa kemudiannya dikatakan mandi di sungai itu, " katanya di sini hari ini.

Katanya, mayat mangsa ditemukan lemas oleh pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Besut untuk tindakan lanjut.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu Komander Operasi merangkap Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jertih, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohamad Jusoh berkata, pihaknya menerima 6.35 petang semalam berhubung kejadian dan jentera tiba di lokasi pada jam 6.38 petang.

"Anggota penyelamat yang terbabit dengan operasi mencari serta menyelamat terdiri daripada 23 anggota serta pegawai bomba, 9 anggota polis, dua anggota Rela serta sembilan anggota daripada Angkatan Pertahanan Awam.

"Kami berdepan sedikit kesukaran mencari mangsa petang semalam kerana cuaca semakin gelap manakala hari ini air cetek pergerakan bot sedikit terbatas," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... uri-lemas-di-sungai

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062623 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list