CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3390|Reply: 0

[Terengganu] Pelajar UMT maut, lima cedera terbabit nahas di LPT 2

[Copy link]
Post time 18-5-2024 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan kenderaan Perodua Alza yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa seorang pelajar UMT di KM 312.4, LPT 2 berhampiran Kijal, Kemaman semalam.

KEMAMAN – Seorang pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) maut, manakala tiga rakannya parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki terbabas di Kilometer 312.4, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT 2) berhampiran Kijal di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 5.20 petang itu, mangsa, Muhamad Fathol Harris Muhamad Asri, 21, yang berasal dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia akibat parah pada bahagian kepala.

Tiga rakannya iaitu Noramirah Syahirah Abdullah, Azira Adriana Natasha Amirul Faris dan Nur Farah Shakirah Mohd. Hishamudin mengalami kecederaan parah. Dua lagi penumpang iaitu S. Ignatius Suren dan Nur Mazni Andri pula cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sewaktu kejadian, kesemua mangsa berusia 21 tahun yang merupakan pelajar tahun pertama Fakulti Kaunseling dan Fakulti Pengajian Maritim dan Sains Marim UMT dalam perjalanan pulang ke kampus di Gong Badak, Kuala Nerus.

“Sebelum kejadian, mereka melakukan tugasan luar di Kuantan, Pahang. Setibanya di lokasi itu, MPV Perodua Alza dipandu Ignatius Suren hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh papan tanda,” katanya di sini hari ini.

Hanyan berkata, impak pelanggaran itu menyebabkan MPV tersebut terbalik. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... emalangan-di-lpt-2/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.107298 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list