CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2770|Reply: 1

AFC sokong usul Palestin gantung Israel daripada FIFA

[Copy link]
Post time 18-5-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode

AFC menyatakan sokongan kepada Palestin ketika kongres badan induk itu di Bangkok. - Foto ihsan AFC

KUALA LUMPUR: Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menyokong usul Persatuan Bolasepak Palestin yang mahukan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menggantung keahlian Israel berikutan perang berterusan di Gaza.

Perkembangan itu dimaklumkan Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John selepas kongres badan induk itu yang berlangsung di Bangkok, Khamis lalu.

"Bagi pihak AFC, kita memberi sokongan sepenuhnya kepada usul yang dibawa Persatuan Bolasepak Palestin semasa perjumpaan Kongres AFC yang diadakan pada 16 Mei.

"Kongres bersetuju dengan cadangan Presiden FIFA (Gianni Infantino) untuk menubuhkan satu jawatankuasa penyiasatan yang akan diberi tempoh masa dua bulan untuk menyiapkan laporan.


"Laporan itu akan dikemukakan kepada Majlis FIFA," kata Windsor.

Terdahulu, Presiden AFC, Sheikh Salman Ebrahim Al Khalifa menyatakan pihaknya akan membantu Persatuan Bolasepak Palestin dalam mencari penyelesaian berkaitan usul yang dikemukakan negara Asia Barat itu.

"AFC kuat kerana ahlinya dan apabila seseorang menderita, semua anggotanya yang lain akan terjejas," kata Sheikh Salman kepada perwakilan.

"AFC berdiri bersama Palestin FA, dan kami menyertai mereka dalam mencari penyelesaian berkaitan bola sepak yang berkesan terhadap aduan yang dibangkitkan oleh Palestin FA dalam cadangan mereka.

"Adalah menjadi kewajipan kami untuk menyokong Palestin FA untuk penyelesaian yang pantas dan berkesan selaras dengan peraturan, peraturan dan statut AFC dan FIFA," katanya.

Sebagai rekod, Israel pernah menjadi ahli gabungan AFC pada 1954 hingga 1974 namun mereka menyertai Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) pada 1992 dan menyertai beberapa pertandingan kelolaan konfederasi itu.

Ketika ini, Israel menghuni ranking ke-78 dunia.
https://www.bharian.com.my/sukan ... srael-daripada-fifa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:00 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74654 Replies : 3005
Anzalna Oh Anzalna
URUHAAnzalna Oh Anzalna
Views : 13248 Replies : 63
“Nelydia sudah free hair? (tidak bertudung),” Nelydia Senrose berbadminton tanpa tudung
chacon“Nelydia sudah free hair? (tidak bertud
Views : 8545 Replies : 12
Supermodel Katanyeee
URUHASupermodel Katanyeee
Views : 12228 Replies : 86
Kambing, virgin & vegan
kutaqKambing, virgin & vegan
Views : 6628 Replies : 28
Reptilia
InezkhalidiReptilia
Views : 8057 Replies : 32
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3955 Replies : 38
Emmm ?
RemydaEmmm ?
Views : 3072 Replies : 16
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41812 Replies : 259
Meow & Otomen Yang Caring
URUHAMeow & Otomen Yang Caring
Views : 6035 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.052218 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list