CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1286|Reply: 1

Tinggal serumah dengan 45 ular

[Copy link]
Post time 2-2-2022 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Matagalpa, Nicaragua: Impian Jose Alberto Deladillo adalah untuk membuka kedai haiwan reptilia namun, buat masa ini dia 'selesa' tinggal serumah dengan 45 ular yang dijadikan haiwan peliharaan.

Doktor haiwan berusia 27 tahun yang tinggal di Matagalpa itu tinggal bersama 15 spesis ular termasuk yang paling berbisa, Bothrops Atrox.

Dia memberitahu EFE bahawa tindakannya menyimpan ular di kediamannya adalah untuk menghentikan stigma dan prejudis yang berkait dengan haiwan eksotik serta untuk membuktikan bahawa ia hanya berbahaya apabila diganggu.


Ular sawa albino spesis Malayopython Reticulatus. - FOTO EPA

Antara koleksi yang dimiliki adalah spesimen karang palsu, ular derik, ular sawa, dan ular hijau.

Delgadillo berkata, dia mula menyedari minatnya terhadap reptilia sejak lapan tahun lalu selepas membela iguana.

Ia memberikannya motivasi untuk meneruskan pengajian dalam bidang perubatan haiwan dan mengkhusus dalam spesis ular.

Ruang tamu dua tingkatnya dipenuhi terrarium, kotak kaca dan kayu yang hanya dibuka untuk kerja pembersihan dan memberi makan ular belaannya.

Selain 45 ular, rumah Delgadillo turut dihuni seekor anjing, 12 kura-kura dan enam iguana.

Rumahnya kini diubah menjadi pusat perlindungan reptilia kecil di mana pelawat boleh memberi bayaran untuk melihat haiwan dalam peliharaannya.


Pelbagai jenis tikus digunakan sebagai ‘hidangan’ untuk ular belaannya. - FOTO EPA

Delgadillo turut mencadangkan individu yang alah kepada anjing atau kucing untuk membela ular sebagai haiwan peliharaan.

"Reptilia adalah pilihan yang baik," katanya.

Popularitinya sebagai penternak ular membolehkannya menawarkan makanan hidup seperti tikus atau cacing kepada orang lain yang mempunyai hobi sama.

Di Nicaragua, terdapat 107 spesis ular dengan 13 daripadanya berbisa, menurut kajian oleh ahli biologi Nicaragua, Milton Salazar-Saavedra.
Disiarkan pada: Januari 31, 2022 @ 5:00pm


Jose Delgadillo menunjukkan sebahagian haiwan eksotik dalam simpanannya. - FOTO EPA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2023 04:19 PM | Show all posts
kau berani matt tinggal bnyk2 ular ginih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:57 PM GMT+8 , Processed in 0.091163 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list