CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2002|Reply: 1

Penampilan 'King Oyen' tambah mood Hari Kebangsaan

[Copy link]
Post time 30-8-2023 02:47 PM | Show all posts |Read mode

‘KING Oyen’ mencuri perhatian pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023 dengan memakai pakaian berwarna Jalur Gemilang berserta tanjak songket dan cermin mata hitam. FOTO BERNAMA


Putrajaya: Meskipun bukan tetamu rasmi atau khas, kemunculan istimewa seekor kucing yang popular menerusi media sosial yang dikenali sebagai 'King Oyen' mencuri perhatian pada hari ketiga raptai separa perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2023, hari ini.

Dengan memakai pakaian berwarna Jalur Gemilang berserta tanjak songket dan cermin mata hitam, kucing berusia empat tahun itu dibawa pemiliknya, Siti Zalifah Abdul Aziz dengan menaiki basikal di Dataran Putrajaya seawal jam 6 pagi bagi menambah 'mood' Hari Kebangsaan, Khamis ini.

Orang ramai yang hadir melihat persiapan raptai sambutan Hari Kebangsaan itu nyata turut teruja dan mengambil foto bersama kucing berbulu oren itu selain 'terpukau' dengan persembahan perbarisan, perarakan, persembahan dan pertunjukan udara yang diterajui Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Siti Zalifah berkata kucing yang sangat patuh pada arahannya itu gemar berbasikal dengan beliau sejak 2020 dan haiwan fotogenik itu juga mesra dengan orang ramai.

Pakaian ini khas untuk memeriahkan suasana Hari Kebangsaan. Semangat kemerdekaan ini bukan hanya untuk kita, tetapi juga King Oyen.


"Tahun lalu, King Oyen datang sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dan Khamis ini akan turut berada di sekitar Dataran Putrajaya," katanya ditemui Bernama.

Katanya, semangat 'patriotik' kucing itu sangat tinggi apabila dilihat tidak penat menunggu berjam-jam di bawah cuaca panas untuk menyaksikan perarakan dan perbarisan Hari Kebangsaan.

King Oyen mula popular dengan video peragaan berserta 'outfit of the day' (OOTD) menerusi Instagram dan TikTok serta pernah menjadi bualan dalam media sosial apabila berbasikal bersama selebriti, Alif Satar, di Bukit Tunku pada Februari lalu.

King Oyen atau dengan nama 'Macho Kingsley' kini mempunyai 4,873 pengikut melalui Instagram.


Disiarkan pada: Ogos 28, 2023 @ 2:55pm


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2023 03:10 PM | Show all posts
halah.. halah.. halah.. napa kucing orang best kucing i peluk je menggelupur..
lagi nak ajak berjalan... harammmmm..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:46 PM GMT+8 , Processed in 0.071136 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list