CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12934|Reply: 0

[Sabah] JKR Sabah sasar 2,300 peserta PROTEGE menjelang 2028

[Copy link]
Post time 30-4-2024 11:33 PM | Show all posts |Read mode


HARI RAYA: Shahelmey (enam kiri) merakamkan kenangan bersama tetamu jemputan yang menghadiri majlis itu.

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menerusi Sektor Lebuhraya Pan Borneo menyasarkan sebanyak 2,300 penyertaan Program 'Professional and Education For Growing Entrepreneurs' (PROTEGE) menjelang 2028.

Timbalan Ketua Menteri Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya berkata, setakat ini seramai 393 peserta terdiri daripada lepasan universiti dan mahasiswa menyertai program itu yang dilaksanakan di bawah Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.

Katanya, pelaksana program turut menggalakkan lepasan mahasiswa terutamanya dalam bidang teknikal untuk menyertai program itu.

Menurutnya, JKR Sabah melaksanakan program berkenaan dengan penglibatan pihak juruperunding pengurusan projek, konsultan reka bentuk dan juga kontraktor di bawah projek Lebuhraya Pan Borneo.

"Semuanya terdiri daripada empat juruperunding dan juga 15 kontraktor pakej kerja di seluruh Sabah.

"Antara kekangan yang dihadapi oleh pihak pelaksana projek apabila lepasan mahasiswa tidak berminat ditempatkan di kawasan  luar bandar kerana lokasi pejabat tapak pembinaan yang jauh di pedalaman.

"Selain itu, kekurangan lepasan jurusan teknikal daripada universiti tempatan juga antara isu yang dihadapi pihak pelaksana projek," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri PMS, Ramah Mesra JKR Sabah Bersama Media di sini kelmarin.

Shahelmey berkata, dalam usaha untuk  terus mencapai sasaran 100 peratus di bawah pelaksanaan projek itu, JKR Sabah dan pihak pelaksana projek mewujudkan sekretariat utama di bawah Projek Management Konsultan bagi memastikan penglibatan program PROTEGE berjalan lancar.

Menurutnya, pihak JKR turut mengambil penglibatan dengan menyertai pameran kerjaya dengan agensi-agensi kerajaan seperti PERKESO.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai perkembangan semasa Lebuhraya Pan Borneo Sabah Fasa 1, beliau menjelaskan, sebanyak empat pakej kerja daripada 15 pakej kerja fasa 1 dibuka kepada orang awam dan pengguna jalan raya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kerja Raya Datuk Limus Jury dan Datuk Robert Tawik.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.065111 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list