CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1450|Reply: 0

Skuad pecut wanita berpeluang ke Paris

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode

IZZAH antara pelumba yang membarisi skuad pecut berbasikal trek wanita negara selain Aliana Syafika dan Anis Amira.

SKUAD pecut berbasikal trek wanita negara mendapat ‘talian hayat’ untuk beraksi pada Sukan Olimpik Paris 2024 apabila berada di kedudukan pertama dalam senarai menunggu sebelum temasya sukan tersebut berlangsung Julai nanti.

Perkara itu diumumkan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan) Majlis Sukan Negara (MSN), Jefri Ngadirin yang menjelaskan, skuad kebangsaan hanya perlu menunggu mana-mana negara menarik diri daripada Olimpik Paris.

Beliau menjelaskan, skuad pecut wanita mendapat peluang tersebut berdasarkan kedudukan kesembilan dalam ranking Olimpik selain menghuni ranking ke-11 dunia seperti diberitahu ketua jurulatih skuad berbasikal negara, John Beasley.

“Kita sudah mendengar John (Beasley) memaklumkan bahawa skuad pecut wanita menduduki ranking kesembilan Olimpik dan ke-11 dunia, sekali gus menjadi pasukan simpanan pertama ke Olimpik Paris.

“John juga bercadang supaya pasukan pecut wanita dimasukkan dalam program Fast Track Road to Gold (RTG) memandangkan mereka menduduki tempat ke-11 dunia,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penutup Bengkel Projek Los Angeles 2028 di Putrajaya semalam.

Ketika ini, skuad pecut wanita negara dibarisi pemenang dua pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACT) 2024, Nurul Izzah Izzati Mohd. Asri, Nurul Aliana Syafika Azizan dan Anis Amira Rosidi.

Sementara itu, Jefri berkata, pihaknya sedang menunggu lampu hijau daripada Jawatankuasa RTG bagi meluluskan cadangan memasukkan nama Nurul Izzah ke program Fast Track RTG bagi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

“Setiap atlet dalam projek khas bagi Fast Track mempunyai komponen (kelemahan) yang diutarakan oleh jurulatih. Kita akan memberi tumpuan untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

“Sebagai contoh, untuk Izzah, salah satu perkara kita nak tambah baik adalah pembinaan otot dan kekuatan. Menjelang 2028, kelemahan itu boleh diperbaiki bagi menyamai atlet bertaraf dunia,” ujarnya.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... erpeluang-ke-paris/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.062808 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list