CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7577|Reply: 0

[Johor] Penjawat awam gadai barang kemas, serah RM150,600 ditipu scammer

[Copy link]
Post time 12-5-2024 05:51 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Akibat panik kononnya terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram, seorang penjawat awam bertindak menggadaikan barang kemas miliknya sebelum menyerahkan wang RM150,000 kepada sindiket penipuan dalam talian.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 46 tahun menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perkhidmatan penghantar pada 10 Mei lalu.

Menurutnya, suspek menyatakan kononnya mangsa mempunyai bungkusan mengandungi barangan peribadi.

“Panggilan kemudian disambungkan kepada suspek menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kononnya dia terbabit dengan pengubahan wang haram dan boleh ditahan.

“Mangsa telah diminta membuat bayaran dengan menggadaikan barang kemas miliknya di kedai pajak gadai bagi menyelesaikan kes terbabit.

“Mangsa kemudiannya mengikut arahan mereka dan membuat 34 transaksi dalam talian ke empat akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM150,600 sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... 600-ditipu-scammer/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.055394 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list