CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3396|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Perebet sapu: Insurans hanya lindungi pemandu bukan penumpang

[Copy link]
Post time 14-5-2024 12:48 PM | Show all posts |Read mode

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf ketika sidang media pada Ops Prebet Sapu di sekitar Nilai, semalam. FOTO Arkib NSTP/AZRUL EDHAM

Seremban: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bertemu dengan pihak pengurusan institusi pengajian tinggi (IPT) di Nilai sekiranya isu prebet sapu masih tidak dicegah.

Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, ini berikutan kegiatan berkenaan dikesan dijalankan penuntut, bekas penuntut dan kakitangan IPT itu sendiri.

"Buat masa ini kami fokus kepada operasi terlebih dahulu dan jika keadaan mendesak, JPJ akan berjumpa dengan pihak IPT untuk berbincang mengenai isu ini.

"Kebanyakan pelajar IPT memberikan alasan tidak tahu kegiatan yang mereka lakukan ini adalah melanggar kesalahan Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengulas mengenai kesan daripada kegiatan ini, beliau berkata, ramai yang tidak tahu bahawa perkhidmatan mengangkut penumpang yang tidak sah memberi risiko kepada penumpang.

"Ini kerana insurans hanya melindungi pemandu iaitu pemilik kereta dan sekiranya berlaku kemalangan atau lebih malang sekiranya membabitkan kematian kepada penumpang, tiada siapa yang akan bertanggungjawab.

"Kami tidak menghalang pelajar untuk melakukan kerja sampingan untuk menambah duit poket, tetapi gunakan saluran yang sah dan berdaftar dengan mana-mana penyedia perkhidmatan," katanya.

Tambah beliau, penumpang juga terdedah dengan kejadian jenayah kerana sesiapa sahaja boleh menawarkan perkhidmatan prebet sapu kepada penuntut tanpa ada sebarang rekod berbanding penyedia perkhidmatan e-hailing.

"Operasi yang dijalankan semalam juga hasil aduan ibu bapa pelajar sendiri yang bimbang dengan kegiatan prebet sapu ini. Selain risiko kemalangan, pelajar juga berhadapan risiko kes jenayah.

"Malah pendapatan pemandu e-hailing yang sah dan teksi juga terjejas akibat kegiatan ini. Kita kena lihat juga daripada sudut ini kerana kebanyakan daripada mereka ini melakukan kerja demi mencari rezeki kepada keluarga," katanya.

Akhbar ini sebelum melaporkan sejak lima tahun kebelakangan ini, aktiviti 'prebet sapu' tidak aktif lagi selepas kemunculan perkhidmatan e-hailing, namun kegiatan berkenaan dikesan mula berleluasa di kawasan institusi pengajian tinggi (IPT), di sini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndu-bukan-penumpang

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:38 AM GMT+8 , Processed in 0.049027 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list