CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5153|Reply: 0

MFL janji tangani isu VAR

[Copy link]
Post time 14-5-2024 03:36 PM | Show all posts |Read mode

Sistem VAR dilaporkan tidak dapat digunakan pada saat akhir menjelang sepak mula antara Sabah FC menentang Penang FC disebabkan masalah teknikal. - NSTP/MOHD ADAM ARININ

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) akan berusaha bagi menangani masalah membabitkan penggunaan video bantuan pengadil (VAR) yang berlaku ketika aksi sulung Liga Super, hujung minggu lalu.

Masalah teknikal menyaksikan teknologi itu tidak dapat digunakan di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh membabitkan pertembungan Sri Pahang dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC serta aksi Sabah menentang Penang di Stadium Likas.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menjelaskan masalah berkenaan sudah dijangka yang mana VAR buat kali pertama diperkenalkan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Beliau berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai komen serta rungutan beberapa pihak dan akan berusaha untuk mengelak perkara sama daripada berulang pada perlawanan akan datang.


"Ada teknikal 'error' di sana. Perkara itu (masalah teknikal VAR) memang kita sudah jangka, ia tidak berlaku semasa kita buat ujian VAR pada pramusim tempoh hari, tapi berlaku bila liga berjalan.

"Jadi itu pun (masalah VAR) sudah dinyatakan Datuk Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif MFL) peringkat awal bahawa ada kemungkinan berlaku perkara aspek teknikal dan sebagainya.

"Akhirnya ia berlaku semasa di Temerloh dan juga dekat Sabah. MFL akan cuba mensifarkan masalah-masalah teknikal dan sebagainya," katanya.

Sebelum ini, pengendali Sabah, Datuk Ong Kim Swee menyifatkan pasukannya mungkin diberikan penalti dan meraih keputusan lebih positif berdepan Penang sekiranya VAR dapat digunakan dalam aksi yang berkesudahan seri tanpa jaringan itu.

Untuk rekod, VAR digunakan buat kali pertama dalam saingan Liga M 2024-2025 dengan Stuart sebelum ini sudah menjangkakan akan berlaku beberapa masalah membabitkan teknologi itu.
https://www.bharian.com.my/sukan ... nji-tangani-isu-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:50 AM GMT+8 , Processed in 0.101314 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list