CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6102|Reply: 0

Villa lakar sejarah layak ke Liga Juara-Juara

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:14 AM | Show all posts |Read mode

BARISAN pemain Villa akan beraksi di Liga Juara-Juara musim depan. FOTO AFP

London: Aston Villa layak ke Liga Juara-Juara buat kali pertama selepas pesaing empat pasukan teratas, Tottenham Hotspur tewas kepada Manchester City, awal pagi tadi.

Tottenham adalah satu-satunya pasukan yang boleh memintas Villa di tangga keempat namun mereka kini ketinggalan lima mata di belakang pasukan bimbingan Unai Emery ketika berbaki satu perlawanan.

Villa tidak pernah layak ke pertandingan utama kelab Uefa itu sejak ia dijenamakan semula daripada Piala Eropah kepada Liga Juara-Juara pada musim 1991-92.

Kali terakhir mereka beraksi dalam Piala Eropah adalah 41 tahun yang lalu, iaitu pada musim 1982-83 selepas memenangi pertandingan itu pada musim sebelumnya.


Villa menduduki tempat kedua dan keempat dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 1992-93 dan 1995-96 namun pada kedua-dua musim itu hanya tempat pertama yang layak ke Liga Juara-Juara.

Barisan pemain dan kakitangan Villa sedang mengadakan malam anugerah tahunan mereka di Villa Park dan meraikan keputusan aksi di Stadium Tottenham Hotspur.

Kelab itu memuat naik foto di media sosial, menunjukkan Emery dan barisan pemain bersorak gembira.

"Ia adalah hari yang sangat istimewa. Ini adalah impian kami, kami memulakan musim untuk berada di sini.

"Kami berdepan masalah kecederaan tetapi pasukan sentiasa fokus. Ia sangat hebat. Bermain dalam Liga Juara-Juara adalah sangat terbaik," kata Emery.

"Tiada siapa yang menjangkakan kami berada di tahap ini tetapi kami percaya kepada diri sendiri dan percaya kepada impian kami," tulis pemain pertahanan, Lucas Digne di Instagram.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ke-liga-juara-juara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 1.163120 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list