CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5942|Reply: 0

[Johor] ‘Semoga Tuhan sembuhkan ibu’

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:25 AM | Show all posts |Read mode

Akmal Fikri menyuap makanan ke mulut ibunya, Monisa ketika ditemui di Johor Bahru baru-baru ini.

JOHOR BAHRU – Seorang remaja sanggup meninggalkan alam persekolahan buat sementara waktu demi berbakti kepada ibunya yang kini terlantar akibat kanser paru-paru tahap empat.

Pelajar tingkatan empat Sekolah Maahad Tahfiz Sains Al-Insirah, Akmal Fikri Jaafar, 16, berkata, pihak sekolah membenarkannya mengambil cuti untuk menjaga ibunya, Monisa Parmin, 49, terlantar sejak awal tahun ini.

Kata anak bongsu daripada dua beradik itu, dia tidak sanggup melihat ibunya terlantar sakit keseorangan di rumah dan sebab itu dia mengambil keputusan bercuti.

“Ibu dikesan kanser sejak Ja­nuari lalu ketika dirawat di Hospital Sultanah Aminah akibat sesak nafas. Ketika itu kanser sudah di tahap empat.

“Saya memandikan ibu de­ngan mengangkatnya ke bilik air dan menukar lampin pakai buang dan memasak makanan,” katanya.

Menurut Akmal Fikri, ibunya sudah berpisah dengan bapanya pada 2009 dan dia tidak pernah berjumpa atau melihat wajah lelaki itu.

Tambahnya, dia sanggup berkorban jiwa dan raga untuk menjaga ibunya hingga ke akhir hayat walaupun tanpa bapanya di sisi.

“Abang, Amirul (18) pula terpaksa bekerja di sebuah kilang membuat tauhu di Tampoi dan menyewa di tempat kerjanya setelah habis tingkatan lima sementara menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia,” katanya.

Ujar Akmal Fikri, abangnya akan balik setiap minggu bagi membeli keperluan harian seperti makanan dan bahan asas lain.

“Ibu bergantung pada mesin oksigen sejak dua bulan lalu de­ngan sewa RM500 sebulan dan ditanggung oleh guru sekolah saya,” katanya.

Menurut Akmal, dia amat terharu dan berterima kasih kerana ustaz sekolahnya, Mohamad Halimi Kolan sanggup membayar sewa mesin oksigen serta membayar sewa rumah sebanyak RM450.

“Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa Ustaz Mohamad Halimi yang tak putus-putus membantu terutama masalah kewangan,” ujarnya.

Sehingga kini, Akmal berkata, mereka sekeluarga tidak me­nerima mana-mana bantuan daripada agensi yang bertanggungjawab.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh melakukannya melalui akaun Bank Simpanan Nasional milik Monisa bernombor 01153 41000038483.
https://www.kosmo.com.my/2024/05/15/semoga-tuhan-sembuhkan-ibu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205510 Replies : 4931
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6260 Replies : 87
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30583 Replies : 224
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21685 Replies : 65
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3633 Replies : 27
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7397 Replies : 52
Cara mudah utk dapat berat ideal
tomazCara mudah utk dapat berat ideal
Views : 9115 Replies : 38
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10817 Replies : 43
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3498 Replies : 9

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:14 PM GMT+8 , Processed in 0.058799 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list