CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6015|Reply: 0

[Pahang] Sebelum ‘dia’ hempap, baik tebang

[Copy link]
Post time 15-5-2024 10:28 AM | Show all posts |Read mode

Penduduk bergotong royong menebang pokok reput di Kampung Bukit Betong, Lipis semalam.

LIPIS – Sekumpulan 14 penduduk di sini, bertindak me­nebang 10 batang pokok besar di tepi jalan selepas bimbang tragedi yang berlaku di ibu negara berulang di kawasan mereka di Kampung Bukit Betong di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Bukit Betong, Badra Isa Abdul Hamid berkata, mereka bimbang pokok di situ akan tumbang bukan sahaja ketika ribut, malah semasa cuaca baik.

“Pangkal pokok sudah reput dan condong ke arah jalan. Kebanyakan melibatkan pokok durian, kelapa dan rambutan berusia lebih 40 tahun.

“Situasi itu mendatangkan risiko kepada penduduk yang lalu lalang di situ. Oleh itu, penduduk mengambil masa sehari untuk tebang dan dibantu dua pakar penebang balak,” kata­nya.

Menurut Badra Isa, walaupun disertai pakar tebang ba­lak, mereka menggunakan tali untuk menarik batang pokok daripada tumbang ke atas jalan ketika ditebang sekali gus menjimatkan masa mengemas.

Seorang penduduk, Muha­mad Jusuh, 50, berkata, 10 batang pokok itu memang perlu ditebang kerana keadaannya yang merisaukan.

“Tindakan itu wajar untuk elak bencana yang lebih besar seperti ditimpa dahan dan batang,” katanya.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... hempap-baik-tebang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.047106 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list