CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3857|Reply: 0

[Pahang] Peniaga didenda RM300,000 seleweng minyak diesel

[Copy link]
Post time 15-5-2024 01:54 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH (tengah) mengaku bersalah atas pertuduhan menyeleweng minyak diesel sebanyak 96,542 liter ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Seorang peniaga didenda RM300,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuantan hari ini atas pertuduhan menyeleweng 96,542 minyak diesel pada Mac tahun lalu.

Tertuduh, Eng Ching Huang, 36, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Maimoonah Aid.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan memiliki barang kawalan yang juga barang berjadual iaitu bahan api diesel sebanyak 96,542 liter dalam keadaan menimbulkan syak yang munasabah.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 8 Mac tahun lalu bertempat di Jeti 2, Lorong Industri Tanah Putih Baru, Tanah Putih, Kuantan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang, Syamsul Kahar Ahmad Nadzri dan Noor Baizura Masori manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam prosiding pihak pendakwaan memohon agar tertuduh dikenakan hukuman yang tinggi dan setimpal bagi memberi keinsafan serta memberi pengajaran buat tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan yang sama selain memberi mesej yang jelas kepada mana-mana individu agar tidak melakukan kesalahan sama.

Hakim memutuskan tertuduh dikenakan hukuman denda RM300,000 atau penjara selama 12 bulan jika gagal membayar denda terbabit. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... weng-minyak-diesel/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.084982 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list