CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6113|Reply: 0

[Johor] Impian naik kapal persiaran, tetapi lebur RM225,000

[Copy link]
Post time 15-5-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Lee Wee How (kiri) mengadu permasalahannya kepada Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse hari ini. FOTO Mary Victoria

Johor Bahru: Ahli perniagaan menjadi buruan bank selepas menanggung hutang berjumlah RM225,000 akibat ditipu individu dengan tawaran pakej menaiki kapal persiaran di Singapura.

Mangsa Lee Wee How, 47, berkata dia tertarik dengan iklan di media sosial Facebook (FB) pada 8 Mac lalu berkaitan pakej terbabit sempena musim cuti persekolahan.

Menurutnya, mengikut maklumat diberikan, dia tidak perlu melakukan bayaran awal dan diminta untuk membuat turun suatu aplikasi menerusi pautan bagi mendapatkan potongan harga.

Katanya, pada 17 Mac lalu, dia mendapati berlaku pemindahan wang dalam kad kredit miliknya ke lebih 10 akaun berbeza.


"Transaksi pindahan wang juga berlaku selepas saya mengemuka aduan kepada bank berkenaan dan jumlah keseluruhan nilai yang dipindahkan adalah kira-kira RM225,000.

"Saya tidak menerima sebarang permohonan bagi mengesahkan pemindahan wang seperti dinyatakan dan mereka memberi pelbagai alasan selain mungkin menyedari ia perbuatan scammer.

"Walaupun kes berkenaan dalam siasatan pihak berkuasa, pihak bank tetap memburu saya bagi menuntut hutang berkenaan hingga menimbulkan tekanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas bertemu Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse bagi mengutarakan masalah dihadapinya, di sini, hari ini.

Wee How berkata, dia kini buntu kerana turut mempunyai hutang lain seperti pinjaman kereta dan rumah, manakala tiga anaknya berusia 13 hingga 20 tahun masih belajar.

Menurutnya, pada masa sama dia berasa kecewa dengan tahap keselamatan sistem perbankan atas talian sehingga menimbulkan kesulitan kepada pelanggan.

"Saya bercadang merujuk perkara ini kepada Bank Negara Malaysia (BNM) supaya tindakan sewajarnya diambil terutama membabitkan sistem keselamatan," katanya.

Sementara itu, Jimmy berkata, kejadian seumpama itu bukan kali pertama berlau dan orang ramai seharusnya lebih berhati-hati dan menyemak sesuatu aplikasi atau pautan sebelum dimuat turun.

"Saya berharap pihak bank boleh berbincang dengan mangsa untuk mencari jalan penyelesaian kerana tidak wajar sekiranya mangsa menanggung hutang keseluruhan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tapi-lebur-rm225000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.052372 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list