CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6237|Reply: 0

[Selangor] Pegawai khidmat pelanggan 'tokan' dadah ditahan, ganja RM1.05 juta dirampas

[Copy link]
Post time 15-5-2024 04:44 PM | Show all posts |Read mode

WAN Azlan (tiga kanan) bersama pegawai Siasatan Jenayah Narkotik mengenai kejayaan menumpaskan dua sindiket melibatkan rampasan dadah ganja di Ibu Pejabat Polis Dearah Subang Jaya. FOTO Amirudin Sahib.

Subang: Mampu mengaut keuntungan mudah dan bergelar 'jutawan' hanya dengan menjual dadah jenis ganja di sekitar Lembah Klang.

Penjualan bahan terlarang itu dipercayai dilakukan menerusi aplikasi mesej di telefon bimbit sebelum barangan dihantar kepada pembeli menggunakan kereta Perodua Bezza dan motosikal Yamaha 135LC bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki berusia 32 tahun itu terbongkar selepas sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menahannya dan merampas 35.9 kilogram ganja dengan nilai pasaran lebih RM1.05 juta.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, tangkapan suspek yang bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dilakukan di Jalan USJ 4/1 di sini, jam 11.20 malam, pada Jumaat lalu.


"Pemeriksaan menemui 210 gram dadah disyaki ganja yang disembunyikan dalam beg pinggang suspek.

"Penahanan suspek itu membawa pula kepada serbuan di rumah dihuninya di Petaling Jaya dan hasil pemeriksaan menemui 35,762 gram dadah disyaki ganja dengan nilai keseluruhan rampasan RM111,640," katanya dalam sidang media di IPD Subang Jaya di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas wang tunai RM1,270, sebuah kereta dan motosikal yang disyaki digunakan suspek untuk kegiatan pengedaran dadah.

Wan Azlan berkata, ujian saringan air kencing mendapati suspek positif THC, namun semakan lanjut mendapati suspek tiada rekod jenayah lampau.

"Suspek disyaki bergerak secara solo bermula dengan mengambil bekalan daripada orang tengah dan membungkusnya semula menjadi paket kecil sebelum dijual ke pasaran sekitar Lembah Klang dengan harga kira-kira RM300 bagi setiap 10 gram.

"Kita tidak menolak kemungkinan dadah itu diseludup masuk dari negara jiran.

"Namun siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan orang tengah terbabit," katanya.

Katanya, keseluruhan dadah yang dirampas itu dipercayai boleh digunakan oleh 35,000 penagih dengan nilai pasaran mencecah RM1.05 juta.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari bermula Sabtu lalu sehingga 17 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

Untuk rekod, sepanjang tempoh 1 Januari tahun ini sehingga 14 Mei lalu, seramai 901 individu ditahan membabitkan rampasan 53.5 kilogram dan 0.5 liter pelbagai jenis dadah dengan nilai rampasan keseluruhan RM618,463.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rm105-juta-dirampas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.053369 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list