View: 5583|Reply: 19
|
“Tentang Boikot Pun Keliru Hendak Lakukan Atau Tidak. Nanti Dajjal Muncul, Tidak Tahulah”- Elfira Loy Seru Selebriti Lepaskan ‘Contract’ Zionis ...
[Copy link]
|
|
Kempen Blockout 2024 yang dilancarkan baru-baru ini di media sosial telah memberikan impak besar terhadap imej beberapa selebriti tanah air.
Inisiatif ini bertujuan untuk memboikot selebriti yang masih menjalinkan kerjasama dengan jenama yang didakwa menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin.
Kempen ini telah menarik perhatian ramai, termasuk pelakon terkenal Elfira Loy, yang turut menyuarakan pandangannya.
Elfira Loy berpendapat bahawa gerakan boikot tersebut harus dilakukan oleh semua pihak, termasuk golongan selebriti.
Menurutnya, tidak wajar untuk menggunakan alasan bahawa rezeki yang diperoleh melalui kempen dengan jenama tersebut adalah rezeki daripada Tuhan.
“Jadi, dengan puak (Zionis) begini ke nak ambil mudah? Terang-terang ini Yahudi dan Allah SWT pun tak suka. Kalau Allah tak suka, kenapa kita nak okey kan. Jika tahu rezeki itu datang daripada Allah, belajar untuk lepaskan. Percayalah Allah akan beri lebih baik,” kata Elfira.
Elfira turut menekankan bahawa kelantangan dan tindakannya dalam memboikot pelbagai jenama bermula apabila dia sendiri pernah dikritik dalam isu yang sama sebelum ini.
“Sekarang tentang boikot pun sudah keliru hendak lakukan atau tidak. Nanti dajjal muncul, tidak tahulah tahap keliru macam mana. Sepuluh kali fikir hendak bercakap tentang ini tetapi akhirnya teruskan sahaja. Sebab dahulu ada orang cakap begini pada saya dan itu yang membuatkan mula sedar tentang kepentingan boikot,” ujarnya.
Sejak beberapa hari yang lalu, kempen Blockout 2024 telah mendapat sokongan meluas di media sosial, di mana ramai pengguna menyeru untuk memboikot selebriti dan jenama yang dikaitkan dengan sokongan kepada kekejaman Zionis.
Elfira mengajak semua pihak, terutama selebriti, untuk mempertimbangkan semula kerjasama mereka dengan jenama-jenama tersebut dan berusaha mencari alternatif lain yang tidak bercanggah dengan prinsip kemanusiaan dan keadilan.
“Sekiranya kita yakin rezeki datang daripada Allah, maka kita harus percaya bahawa melepaskan sesuatu yang tidak baik akan membawa kepada rezeki yang lebih baik,” tambahnya.
Kempen Blockout 2024 ini juga memberi ruang untuk perbincangan dan refleksi lebih mendalam mengenai peranan dan tanggungjawab selebriti dalam menyokong isu-isu kemanusiaan.
Sumber : Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Dajal?
Beksin kobid pun dah cukup buat ummah keliru dan berpecah belah dengan penuh efektif. Har. |
|
|
|
|
|
|
|
terpaling.....bosannnn........ |
|
|
|
|
|
|
|
ini kali aku setuju dengan sin chan |
|
|
|
|
|
|
|
Time dajjal datang lagi teruk godaan & dugaan. Time kemarau panjang, Dajjal akan offer sungai dgn syarat kena sembah dia. Kita skrg nk boikot benda2 simple cam McD, Starbucks pun susah, ada y x mahu boikot langsung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia cakap macam tu sebab dia takde job kan |
|
|
|
|
|
|
|
f artis suam suam kuku berbicara memang kelakar, ko bolehla sembang kencang dikkk sbb tak pernah jadi brand ambassador ke penah? Benda ni makan masa nak withdraw and so.. menyampah lah baca |
|
|
|
|
|
|
|
bab kontrak ni bukan boleh buat main2 sukahati bila2 nak lepaskan..kau yang takde sign kontrak atau dah kena terminate, senang la cakap.. |
|
|
|
|
|
|
|
armin replied at 16-5-2024 09:43 PM
Dia cakap macam tu sebab dia takde job kan
Knnn, padahal dulu pnh jd model Maybelline kn. Sebaik time tu, ada je krisis Palestin- Israel tp x skala besar la. Cuba time tu skala besar, nk lepaskan jgk kontrak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by fattymah at 17-5-2024 07:43 PM
Nanti tsunami blekrok lak.. dia nak fly celah mana..
Padahal sapa ingat dulu dia head to toe semua jenama israhelll.. kelek beg apa tew? Carlo rino ke nokss |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yasmin aziz tu patut boikot. Walau takda kena mengena dgn produk berkaitan pun tetap la boikot sebab annoying gila. Terpaling pinoy terpaling bespren. Dengan lemak tepu dan yakin seksi. |
|
|
|
|
|
|
|
armin replied at 16-5-2024 09:43 PM
Dia cakap macam tu sebab dia takde job kan
Dia ini kenapa tiba2 nak berkawaan dengan geng2 influencers? Business minded. |
|
|
|
|
|
|
|
DeLuna85 replied at 17-5-2024 08:04 PM
Tapi yasmin aziz tu patut boikot. Walau takda kena mengena dgn produk berkaitan pun tetap la boikot ...
Yazmin tu produk tak seberapa tapi asyik2 cite melekat dgn bf.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmmm....
Saya kat sini je dah kompius dengan komen² forumer ni...
Boikot, korang kutuk terpaling...
Tak boikot, lagi korang kutuk tak alert...
Cakap pasal boikot, kena kutuk terpaling juga...
Tak cakap pasal boikot, lagi la kena kutuk...
Sokong boikot, pun kena cop terpaling...
Tak sokong boikot, lagi kena cop ahli neraka terus...
![](static/image/smiley/default/106.gif)
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 18-5-2024 02:10 AM
Yazmin tu produk tak seberapa tapi asyik2 cite melekat dgn bf.
Produk dia melekat dgn bf la. Tak pun nyanyi tepuk2 meja. |
|
|
|
|
|
|
| |
|