CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8872|Reply: 0

[Pulau Pinang] Resit piza tular dibuat pelanggan ketika pesan dalam talian

[Copy link]
Post time 16-5-2024 04:16 PM | Show all posts |Read mode

Tular di media sosial resit pembelian yang tertera kenyataan mempersendakan Islam, malam tadi.

BALIK PULAU – Resit pembelian piza yang memaparkan ucapan menghina agama Islam yang tular semalam merupakan nota pesanan yang ditulis oleh pelanggan secara dalam talian bukannya dibuat oleh premis francais di Bayan Lepas.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengadu mengenai kes berkenaan kira-kira pukul 8.46 malam tadi.

“Kita ada menerima laporan mengenai gambar tular yang memaparkan satu resit tertera ucapan menghina agama Islam yang berlaku di Bayan Lepas.

“Hasil siasatan mendapati terdapat satu pesanan yang diterima semalam di aplikasi syarikat rangkaian itu yang mempunyai perkataan menghina di bahagian remark atau nota pesanan tersebut,” katanya di sini, hari ini.

Sejak malam tadi, tular di media sosial mengenai resit dengan kenyataan menyentuh isu 3R di ruangan ‘remark’ oleh seorang individu yang memesan makanan berkenaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz berkata, beliau telah berjumpa wakil pengurusan di Wilayah Utara dan penyelia cawangan itu semalam berikutan isu terbabit yang tular di media sosial.

”Ramai yang salah faham seperti saya juga pada awalnya yang menyangkakan resit berkenaan dikeluarkan oleh juruwang.

“Sebenarnya resit yang diviralkan itu adalah resit order secara ‘online’ dan ada ruangan ‘remark’ yang disalahgunakan oleh ‘pemprovokasi’ tersebut,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... pesan-dalam-talian/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.069104 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list