View: 1641|Reply: 11
|
Lelaki hilang selama 26 tahun rupanya diculik dan ditahan jiran dalam bilik bawah tanah
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan
Algiers: Seorang lelaki Algeria yang hilang selama 26 tahun, baru-baru ini, ditemukan ditawan oleh jirannya di lokasi terletak hanya beberapa minit dari rumahnya.
Omar B ditemukan di rumah jirannya, hanya beberapa minit berjalan kaki dari rumahnya sendiri, selepas mangsa hilang selama 26 tahun.
Dia dilaporkan hilang ketika berusia 19 tahun semasa Perang Saudara Algeria pada 1998, dan keluarganya menganggap bahawa dia diculik atau dibunuh.
Kini pada usia 45 tahun, dia ditemukan dalam tumpukan jerami kira-kira 200 meter dari rumah keluarganya di bandar Djelfa.
Rakaman yang mengejutkan menunjukkan Omar dibantu keluar dari bilik bawah tanah yang dilitupi jerami di mana dia ditawan sejak 1998.
Dia ditemukan selepas abang penculik dilaporkan menyiarkan maklumat penculikan itu di media sosial, berikutan pertikaian harta pusaka.
Pelaku yang didakwa ialah pengawal keselamatan berusia 61 tahun di bandar El Guedid berhampiran, dan sudah ditahan reman selepas cuba melarikan diri dari tempat kejadian.
Suspek dikatakan tinggal bersendirian, dan bekerja sebagai penjawat awam.
Media sejak itu melaporkan bahawa Omar B merasakan dia tidak boleh bercakap mengenai apa yang sudah dilakukan oleh penculiknya, kerana 'jampi' ke atasnya.
Kementerian kehakiman negara itu berkata, siasatan sedang dijalankan.
Tambah mereka, mangsa sedang menerima rawatan perubatan dan psikologi selepas dikenakan jenayah yang disifatkan sebagai 'keji'.
Sumber ; Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
It's a miracle ka cemana nak describe kes ni?
Harapnya di Malaysia takda/takkan ada kes begini...
Imagine tetiba besok Sharlinie dijumpai dikurung dalam basement seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh macam citer yg bapa kurung anak siap hamilkan lg anak dia smpi dpt 3 orang anak tu |
|
|
|
|
|
|
|
200 meter je dari rumah mangsa
bayangkan selama 27 thn tu anak tu rupanya dekat je sebenarnya
mmg gila berani mati la lahanat ni..jampi apa dia pakai sampai terduduk dia ni 26 thn |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh ke kata ni the ultimate biawak hidup.. makan pakai semua org tanggung? |
|
|
|
|
|
|
|
nak tahu motip dia kurung baru boleh kecam.
suspicious sangat sbb laki yg dikurung tu tak boleh 'bercakap' sebab kena 'jampi' |
|
|
|
|
|
|
|
Kena sihir voodoo ke uols |
|
|
|
|
|
|
|
dah agak iols mmg percaya masih ada lagi jenayah camni. iols kesian sgt dkt mangsa. teringat ingat cerita Natasha Kampush dgn Girl in the basement. kesian sgt2, paling kesian Girl in the basement. trauma iols tgk cite ni walaupun hnya lakonan semula dari kisah sbnr |
|
|
|
|
|
|
|
last2 rupanya wartawan cedok dari movie algeria ja sebab ada tulis 'inspired' by true story.
|
|
|
|
|
|
|
|
Allahu. kesiannya dia. nauzubillah. moga ada sinar bahagia utk dia. part yg iols menitis masa baca tu, yg dia hanya mampu tgk dr jauh arwah mak dia masa arwah meninggal. dia terkurung dlm tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|