CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11689|Reply: 0

[Kedah] 132 mangsa banjir di Kedah ditempatkan di dua PPS

[Copy link]
Post time 17-5-2024 08:29 AM | Show all posts |Read mode
132 mangsa banjir di Kedah ditempatkan di dua PPS


Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my



APM Kulim membantu memindahkan mangsa berikutan banjir kilat yang melanda daerah itu. FOTO IHSAN APM





Alor Setar: Dua daerah di negeri ini iaitu Kulim dan Bandar Baharu dilanda banjir kilat sejak petang semalam berikutan hujan lebat berterusan lebih satu jam.

Berikutan itu, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah itu masing-masing tengah malam tadi dan awal pagi hari ini yang menempatkan keseluruhan mangsa seramai 132 mangsa daripada 31 keluarga.

Sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Kulim, Kapten (PA) Amirul Aliff Ahmad

PPS di Kulim iaitu di Sekolah Menengah Agama (SMA) Al -Ihsaniah, Jangkang dibuka pada jam 12.12 tengah malam tadi yang menempatkan seramai 74 mangsa daripada 17 keluarga dari Kampung Padang Limau, Mukim Karangan.

Beliau berkata, PPS itu dibuka selepas kediaman mereka dinaiki air susulan hujan lebat sejak petang semalam.

"Jumlah itu membabitkan 15 lelaki dewasa, wanita dewasa (23), lelaki warga emas (2), wanita warga emas (5), kanak-kanak lelaki (12) dan kanak-kanak perempuan (13) serta empat bayi.

"Banjir kilat itu berlaku susulan hujan lebat berterusan menyebabkan air sungai melimpah dari kawasan bukit ke kawasan rendah sehingga memasuki kediaman penduduk dan paras air mencecah hampir satu meter.

"Setakat ini anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kulim turut melakukan pemantauan di lokasi yang berpotensi dinaiki air dan paras air sungai utama dan mengukur paras air di setiap lokasi.

"Penduduk yang tinggal berhampiran sungai dan berisiko dinaiki air dinasihatkan supaya melakukan persediaan untuk berpindah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu di daerah Bandar Baharu, seramai 58 mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan di PPS Masjid Sungai Batu pada jam 3 pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, membabitkan mangsa di Kampung Cherok Meranti, Mukim Sungai Batu dan Kampung Sungai Tengas dinaiki air.

Beliau berkata, hujan lebat yang bermula sekitar jam 6 petang melebihi tiga jam menyebabkan kawasan sungai utama di Kampung Cherok Meranti dan Sungai Batu melimpah menyebabkan lima buah rumah ditenggelami air.

"Jumlah mangsa banjir di Kampung Cherok Meranti di Mukim Sungai Batu seramai 21 mangsa daripada lima keluarga manakala Kampung Sungai Batu, Mukim Sungai Batu pula membabitkan 16 mangsa daripada empat keluarga.

"Mangsa banjir kilat di Kampung Sungai Tengas Pula seramai 21 mangsa daripada lima keluarga," katanya.



Disiarkan pada: Mei 17, 2024 @ 8:16am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.070117 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list