CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11445|Reply: 18

[Tempatan] Doktor trauma saksi wanita hamil maut sementara tunggu pakar kardiotoraks

[Copy link]
Post time 17-5-2024 09:48 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 17-5-2024 09:48 AM

Trauma saksi wanita hamil maut sementara tunggu pakar kardiotoraks
Diterbitkan:  May 16, 2024 9:20 PM



Tidak mudah untuk seorang pakar anestesiologi dan penjagaan kritikal memadamkan kenangan melihat detik-detik akhir seorang ibu menghembus nafas terakhir di sebuah hospital suatu ketika dulu.

Puncanya, wanita terbabit tidak mendapat rawatan kerana kekurangan pakar bedah kardiotoraks sehingga dia tidak dapat dibantu pada waktu yang sepatutnya.

Dr Abdul Jabbar Ismail mendedahkan, kejadian itu berlaku ketika dia berkhidmat di sebuah hospital kerajaan di Sabah. Memori tersebut menyebabkan dia mengalami kecelaruan stres pascatrauma (PTSD).

Dia menceritakan pengalaman itu semasa menjawab komen di media sosial mengenai polemik kewajaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu program latihan pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelatih bukan bumiputera.

Langkah itu dicadangkan sebagai penyelesaian kepada isu kekurangan tenaga pakar bidang tersebut di negara ini kesan daripada sesetengah latihan lanjutan luar negara tidak diiktiraf.

Bercakap kepada Malaysiakini, Abdul Jabbar berkata, ibu muda itu sedang hamil 20 minggu apabila gagal diselamatkan.

Doktor pakar itu yang kini mengajar di Universiti Malaysia Sabah berkata semasa dia menjawab komen di media sosial itu, tangannya menggigil apabila terkenang detik tersebut.

Dia juga menegaskan doktor pakar dalam bidang perbidanan dan ginekologi serta onkologi adalah lebih penting untuk kesejahteraan rakyat.

"Saya telah menyaksikan begitu banyak kematian hanya kerana tiada pakar bedah kardiotoraks," katanya.

Bayangkan anak sendiri

Kes yang paling memberi PTSD, katanya Abdul Jabbar, ialah membabitkan seorang wanita hamil dengan pembedahan aorta menaik dan kegagalan jantung dekompensasi akibat regurgitasi mitral yang teruk.

Katanya wanita terbabit cukup stabil untuk dibawa dari sebuah hospital daerah ke unit rawatan rapi (ICU) di hospitalnya bagi menunggu seorang pakar bedah kardiotoraks selesai menyelamatkan nyawa seorang pesakit lain.

“Tetapi malangnya keadaan itu tidak cukup lama sehingga sampai gilirannya dibedah apabila tiba-tiba jantungnya berhenti dan saya terpaksa melakukan CPR selama berjam-jam kerana enggan berputus asa… sebelum akhirnya saya terpaksa mengalah," katanya.

Menurut Abdul Jabbar, selepas insiden beberapa tahun lalu itu berlaku, persoalan mengenai bagaimana jika negara ini terus dibelenggu masalah kekurangan pakar bedah kardiotoraks tetap berlegar di fikirannya.

"Kalaulah ketika itu kami ada seorang saja lagi pakar bedah kardiotoraks...

“(Tetapi) itu semua sudah berlalu… Semuanya ‘kalau’... dan bayangkan saya terpaksa menyampaikan berita sedih itu kepada suami si mati.


"Bayangkan (bagaimana kita boleh) mengatakan pakar bedah kardiotoraks tidak penting dan pesakit (yang perlu mendapatkan rawatan itu) adalah isteri, atau suami, atau anak anda sendiri?" katanya.

Kenyataan itu dibuat Abdul Jabbar sebagai reaksi kepada satu lagi pandangan yang memperkecilkan kepentingan pakar bedah kardiotoraks di negara ini.

Carian di Pejabat Pendaftaran Pakar Kebangsaan menunjukkan ketika ini terdapat 88 doktor menyenaraikan pembedahan kardiotoraks sebagai kepakaran pertama atau kedua mereka.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Utk wujudkan doktor pakar utk jaga kesihatan rakyat Malaysia, sepatutnya isu bangsa dan agama jangan jadikan isu politik. Ia melibatkan soal nyawa manusia tak kira bangsa apa..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Doktor bercerita. Kalau ko trauma xde nye ko duduk anaesth.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by adm7 at 17-5-2024 07:20 PM

Sumber Malaysiakini.

Bila bangkit isu sekolah vernakular tiba-tiba banyak artikel cover kebaikan sekolah vernakular, ramai orang melayu hantar anak pergi sekolah vernakular.

Sekarang ni tiba-tiba pula ada cerita macam ni masa tengah panas isu nak bagi non bumi masuk uitm.

Tiba-tiba je kan?
Takkan tak faham lagi?
Ke benak nak mati?
Elok mati je lah korang
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 17-5-2024 07:18 PM
Sumber Malaysiakini.

Bila bangkit isu sekolah vernakular tiba-tiba banyak artikel cover kebaikan se ...

Yer, I Setuju. Bila dah berjaya jadi pakar, mostly, bukan all yer, pergi kerja overseas sebab income lagi masyuk, ataupun tak balik serve Malaysia, bukan sebab Kita discriminate non bumi masuk uni pun . Sama je article ni Kan?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 08:23 PM | Show all posts
Kenapa baru setahun dua nie saya asik dengar perkataan KARDIOTORAKS?

Dulu tak pulak diperkenalkan perkataan nie?
Heart attack, cardiac arrest selalu je dengar...
Heart specialist..tu pon dengar..
Ni Cardiotoraks..
Jantung + Paru paru?
kenapa berangkai?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-5-2024 08:54 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm² cerita ada. utk propaganda masing². sapa kawal media, dia ada advantage
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa bukan bumi tak boleh jadi pakar kardiotoraks ni? Ke sbnrnye ada je pakar kardiotoraks non bumi tp suma pakat pencen awal pi keja kt hospital swasta selepas habis mencekau duit kerajaan nk sambung blaja jadi pakar tu? Yg tu ko taknak citer plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2024 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Musti ini semua cerita dari Hospital Likas. Keh.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah mula keluar cerita berangkai gini bab cardiotoraks pula
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahli politik Dan menteri lbh penting Dari Doktor pakar. Only in malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ninja boy at 17-5-2024 09:31 PM

Doctor perlu tahan mental melihat kematian hari2 di hospital
Zaman dahulu kala takdak bius sendiri kongkek sendiri beranak
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2024 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya gomen banyak je taja doc2 sambung ke specialist. Tapi lepas doc2 ni berjaya dapat jadi specialist, ramai yg resign utk ke swasta. Ada berapa kerat je doc pakar remain keje gomen dgn gaji yg tak semewah keje private hospital. Maybe keje utk negara & rakyat kot
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 06:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Truthfully....i tak caya langsung yg bukan bumi ni nak terus kerja kat malaysia bila dah habis. Masuk forum lowyat pun dah tau pikiran depa. Nanti depa migratelah ke australia ka singapore ka...then kutuk2 malaysia dgn melayu....buah orenlah...ore kitalah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 17-5-2024 07:57 PM
Yer, I Setuju. Bila dah berjaya jadi pakar, mostly, bukan all yer, pergi kerja overseas sebab inco ...

“ Dia menceritakan pengalaman itu semasa menjawab komen di media sosial mengenai polemik kewajaran Universiti Teknologi Mara (UiTM) membuka pintu program latihan pascasiswazah pembedahan kardiotoraks kepada pelatih bukan bumiputera.”

Skrg ni kalau nak jadi kardiotoraks, mmg kena buat di Uitm je ke?? IPTA dan IPT swasta lain xde offer ke? Kenapa semua masalah nak kena relate uitm ya mcm uitm je yg wujud kat m’sia
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni isunya tsk der dr nak jadi pakar torac ker tak der tempat nak melatih...? Tak pasal2 bumi lak disalahkan sbb shortage pakar torac. Kalau engko dah buat plan tentulah engko dah plan berapa pakar diperlukan by when, nak belajar kat mana, intake berapa fail berapa lulus setahun berapa. Ni tiber jer nak ambik placement bumi aper da citer popeshenel sngt. Engko punya sijil gomen tak recognize nak pau uitm pulak aper da!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by arnauld at 18-5-2024 07:52 AM

Kalau isu parallel pathway ni kkm la ngok program yg mmc tak recognize lps tu nak dpt cert kena masuk univ baru boleh master, tu yg nak sumbat kat program uitm tu. Terang2 kkm punya fault, nak korban bumi. Benda boleh korbankan rakyat nak blame kkm buat apa. Parallel pathway ni program utk foreign grad nak buat masters. Program yg kkm buat tak patuh akta so tak boleh practice. Bayangkan kkm yg buat silap hahaha yg menyebabkan pakar torac tak cukup what a joke hahaha. Bahalol mana la yg buat program ni....Zaman madani ni beras yg setahun 2x pun tak terurus so torac tak payah sembang la sure short punya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Zeatyisaac replied at 17-5-2024 07:57 PM
Yer, I Setuju. Bila dah berjaya jadi pakar, mostly, bukan all yer, pergi kerja overseas sebab inco ...

Bila ada isu melibatkan kepentingan pihak sana takda pun pihak yang nak highlight kan. Semua diam menikus macam tikus mondok biarkan isu reda sendiri. Tengok contoh bila ada orang bangkitkan isu tokong/kuil haram yang bersepah. Ada ke pihak sana bersuara suruh ambil tindakan? Walau pun memang terang-terang menceroboh dan pacak kuil/tokong haram tu benda yang salah.
Ada pemimpin melayu pun bacul tak berani bersuara takut hilang jawatan, hilang imbuhan, hilang pencen.
Sikit pun aku tak pernah percaya politik puak cauvinis ni. Tapi yang sedihnya masih ada melayu (mungkin menyamar jadi melayu) bingai perasan liberal yang masih percaya permainan politik puak cauvinis ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Nfir at 18-5-2024 10:13 AM
adm7 replied at 18-5-2024 08:41 AM
Bila ada isu melibatkan kepentingan pihak sana takda pun pihak yang nak highlight kan. Semua diam  ...


"Tapi yang sedihnya masih ada melayu (mungkin menyamar jadi melayu) bingai perasan liberal yang masih percaya permainan politik puak cauvinis ni."

Kesian dengan orang Melayu yang boleh bergaul dengan orang Cina? Kenapa nak kesian dekat orang Melayu yang boleh bergaul dengan orang Cina?

Mereka bukannya Melayu miskin. Parents mereka adalah Melayu kaya. Mereka sudah hidup senang di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Petaling Jaya sejak lahir.

Mereka bukannya susah belajar. Mereka pelajar pandai. Ada di antara mereka belajar di negara maju di luar negara.

Kalau belajar di dalam negara, mereka belajar di universiti hebat dengan ambil course yang hebat. Contohnya, belajar di Medic School Universiti Malaya.

Atau pun mereka belajar di universiti swasta di dalam negara. Contohnya, belajar di Universiti Teknologi Petronas. Kemudian, bekerja dalam bidang oil and gas di Malaysia atau luar negara.

Mereka bukannya susah dapat kerja. Mereka dapat kerja hebat dengan gaji hebat. Ada antara Melayu ini sudah migrate dengan bekerja dan menetap di negara maju.

Mereka bingai sebab bergaul dengan orang Cina?

Gaji mereka berpuluh ribu. Siapa yang bodoh nak bagi gaji berpuluh ribu kepada manusia yang ada otak bodoh? Ini adalah sesuatu yang tak logik.

Dan mereka bukan bergaul dengan Cina saja. Mereka bergaul dengan orang daripada pelbagai bangsa, agama dan negara.

Dengan Yahudi di America pun mereka boleh bergaul, berbincang dan minum coffee sama-sama. Sambil membincangkan tentang keperluan untuk ceasefire di Gaza.

Mereka boleh bergaul dengan Cina di Malaysia. Dengan Yahudi. Dengan Kristian. Dengan kafir. Dengan mat saleh penjajah. Dengan orang China komunis.

Mereka Melayu pandai. Mereka Melayu kaya. Mereka Melayu yang duduk di luar negara dengan standard of living yang tinggi. Apabila mereka ada segala privilege, kenapa nak kesian kepada mereka?

Allah suruh kesian dekat Melayu miskin. Tolong Melayu miskin.

SBP, MRSM dan UiTM pun bukannya untuk Melayu miskin. Kalau betul untuk Melayu miskin, kenapa ada Melayu T20 dan M40 yang belajar di SBP, MRSM dan UiTM?

Kenapa tak perlu kesian kepada Melayu kaya?

Sebab, mereka sudah ada kehidupan yang senang, kehidupan yang berkualiti tinggi.

This is very interesting:

1) Orang Melayu benci Cina.
2) Orang Melayu juga benci Melayu yang bergaul dengan Cina.

Ini adalah keadaan yang sama di America:

1) White Americans miskin benci White Americans kaya.
2) White Americans miskin juga benci bangsa lain (privileged Blacks and privileged immigrants) yang bergaul dengan White Americans kaya.

Pemikiran seperti ini ada kaitan dengan kemiskinan:

1) Orang Melayu miskin benci Cina kaya.
2) Orang Melayu miskin juga benci Melayu kaya yang bergaul dengan Cina kaya.

Konsepnya: "My enemy must be your enemy."
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.428683 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list