CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12828|Reply: 2

[Tempatan] Trauma 5 sekeluarga terkepung di tengah hutan terbakar

[Copy link]
Post time 17-5-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Trauma 5 sekeluarga terkepung di tengah hutan terbakar

https://www.bharian.com.my/berit ... ngah-hutan-terbakar

Syaherah Mustafa - Mei 17, 2024 @ 10:33am
bhnews@bh.com.my


Adil Hassan bersama isteri, Ilham Masid (kanan) menunjukkan hutan gambut sekeliling ruman mereka yang terbakar seminggu lalu. - NSTP/SYAHERAH MUSTAFA

PASIR MAS: "Api dari hutan yang terbakar merebak terlalu cepat dan menghampiri kawasan rumah. Nasib baik ada penduduk datang ketuk pintu rumah minta kami segera menyelamatkan diri".

Menurut Ilham Masid, 44, dia dan suami, Adil Hassan, 54, serta tiga anak berusia 13 hingga 21 tahun, bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri selepas hutan tanah gambut sekeliling kediaman terbakar minggu lalu.

Katanya, jarak rumah di Kampung Gual Kulim, Bukit Tuku, di sini, dengan kediaman penduduk lain agak jauh, iaitu sekitar tiga kilometer dan semasa menyelamatkan diri, laluan keluar sudah hampir tertutup dengan api setinggi tujuh meter.

"Kami mungkin lemas jika tidak keluar dari kawasan itu. Saya bersyukur kediaman kami selamat, mungkin kerana ia didirikan di atas tanah tambun walaupun jarak hutan dengan rumah hanya beberapa puluh meter sahaja.

"Selepas dibantu pihak bomba dan diberitahu bahawa keadaan benar-benar selamat, barulah kami sekeluarga pulang ke rumah selepas menumpang di rumah jiran. Walaupun sudah seminggu kejadian ini, kami masih ketakutan kerana ada sahaja kawasan berdekatan tiba-tiba berasap atau terbakar," katanya.

Ilham berkata, mereka kini terpaksa menghidu menghidu asap serta udara tercemar akibat kebakaran berkenaan sehingga mengalami sakit tekak dan batuk.

"Kami tiada tempat lain untuk berteduh, terpaksa tinggal di sini walaupun dalam keadaan udara tidak sihat. Semoga kebakaran hutan ini segera pulih kerana masih ada beberapa kawasan berdekatan terbakar.

"Dua hari ini, ada hujan tapi tidak lebat, hanya sekejap. Kami risau jika panas terus berpanjangan, banyak lagi kawasan yang mengalami nasib sama," katanya berterima kasih kepada bomba dan agensi lain terbabit memadamkan kebakaran di kawasan itu.

"Saya lihat perit jerih anggota yang bertugas, tidak kira siang atau malam," katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati beberapa penduduk kampung, terutama mereka yang mengalami masalah kesihatan mengambil keputusan berpindah sementara ke lokasi lain bagi mengelak terdedah kepada udara tercemar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 02:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu pandai suruh Indon buat air boring.

Ni negeri Darul Boring tak boleh settle juga.

Boring betul.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Best tinggal rumah sebiji jauh dari jiran2 toxic. Cuma nak berani lah ular lipan maybe harimau.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30629 Replies : 227
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 6823 Replies : 108
แทงบอล ออนไลน์ ราคาน้ำดีที่สุด LINE:@UFADEAL ทางเข้าแทงบอล ขั้นต่ำ10บาท
ufadeal-websiteแทงบอล ออนไลน์ ราคาน้
Views : 101 Replies : 0
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205752 Replies : 4936
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7475 Replies : 55
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41651 Replies : 255
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12385 Replies : 10
Meow & Cincau
riena3321Meow & Cincau
Views : 3517 Replies : 10
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10828 Replies : 44
Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai wanita
admin6Tak perlu nak jadi begitu sempurna duhai
Views : 7398 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.068991 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list