CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5605|Reply: 9

[Jenayah] Batal lesen pelancongan sekiranya salah guna visa pelancong, umrah untuk ibadah haji

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing. - Foto fail NSTP





KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mengambil tindakan tegas dengan membatalkan lesen agensi pelancongan jika didapati menyalahi peraturan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing, berkata MOTAC mengambil maklum mengenai dakwaan 300 jemaah haji yang terkandas di Makkah akibat terpedaya dengan pakej haji murah oleh agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab.

"Saya sedang meneliti insiden ini dan berdasarkan maklumat yang saya terima, 300 jemaah haji yang pergi ke Makkah ini telah dimaklumkan bahawa pas pelancong yang mereka gunakan boleh ditukarkan kepada umrah atau haji," katanya dalam kenyataan, hari ini.

King Sing berkata, beliau sudah mengarahkan Ketua Setiausaha MOTAC untuk menyiasat dengan teliti dan memahami insiden ini, tidak kira ia berita palsu atau sahih.

Beliau berkata, sekiranya terdapat mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan ini, lesen pelancongan mereka akan dibatalkan serta-merta.

"MOTAC sedang menunggu laporan penuh daripada mereka dan sekiranya diperlukan, pihak kementerian akan menghantar pegawai dari ibu pejabat untuk turun padang.

"MOTAC akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap agensi pelancongan yang dilesenkan oleh kementerian ini jika terbukti terlibat dalam penyalahgunaan visa pelancong dan visa umrah untuk tujuan ibadah haji," katanya.

Beliau menegaskan, MOTAC memandang serius perkara tersebut kerana kejadian itu melibatkan kepentingan dan keselamatan jemaah, selain menghalang berlakunya perkara yang tidak diingini dan secara tidak langsung, menjaga hubungan baik yang telah terjalin antara Kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.

"Insiden ini telah berulang kali terjadi dan rakyat kita yang sering menjadi mangsa. Saya telah menegaskan perkara ini beberapa kali sebelum ini.

"Tetapi, mungkin ada sesetengah pihak yang memandang remeh perkara ini dan tidak percaya kementerian akan mengambil tindakan tegas atas kesalahan yang dilakukan," katanya.

Beliau turut menasihatkan, jemaah yang terkandas untuk membuat laporan kepada Tabung Haji (TH) dan pihak kedutaan Malaysia di Jeddah, Arab Saudi bagi mendapatkan khidmat bantuan dan nasihat.

Katanya, tindakan seperti ini bukan sahaja melanggar peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa, tetapi juga meletakkan keselamatan dan kepentingan jemaah dalam risiko di Arab Saudi.

Beliau juga mengingatkan semua pihak untuk sentiasa berwaspada dan memastikan bahawa mereka hanya berurusan dengan pihak yang sah dan diiktiraf.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni semua bisnes.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2024 10:32 PM | Show all posts
Yg dari China tu
hilang kat Msia tak mau batalkan ke?

TT next time tolonglah jgn taruk muka dia ni.

taruk lah muka mat Sabu nn
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi muntri, tu yang banyak warga china berjual, bekerja, bukak hotel, kat sini, jual body, banyak yang tak keluar-keluar tu apa cerita???!
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 12:48 AM | Show all posts
china mari takpa maaaaa...
itu nenek atok saya punya sedara....
nanti boleh tolong undi maaaaa

1.2 juta tatak manyak.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
bila tang geng2 dia semua takpe kan
berbondong2 masuk pun takpe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols okay je batalkan lesen pelancongan tu
Sebab ramai kena tipu Bukan sikit2 rm5 6 ringgit kan...
Ribu2 ooo...nanges nak mengumpul kalau acik2 b40
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 19-5-2024 10:34 AM

"TETAPI...saudara2 saiya boleh guna visa pelancong untuk buat keja melacur di negara Malezia vole ni..#KamiPerintahMzia"-King Kong Bundy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni ada cainadoll ka, sbb tu senyap bab caina mari?
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka mabuk 24jam ke apa ni?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Contoh Kegagalan...
imransulaimanContoh Kegagalan...
Views : 6304 Replies : 37
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73744 Replies : 325
Siapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Kena tunduk
tokchikSiapa lagi power...Kau jumpa Aku Kau Ken
Views : 8672 Replies : 45
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 207236 Replies : 4991
Merenung Ke Luar Jendela.
tomazMerenung Ke Luar Jendela.
Views : 10788 Replies : 60
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6314 Replies : 40
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14520 Replies : 54
Bila netizen bersatu
riena3321Bila netizen bersatu
Views : 8697 Replies : 37
JOM TEST MATA
Markonah_7JOM TEST MATA
Views : 5016 Replies : 30
Wow baju merah tu..
riena3321Wow baju merah tu..
Views : 12047 Replies : 88

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.125494 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list