CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5835|Reply: 0

[Dunia] Kazakhstan beri peluang syarikat Malaysia teroka bidang baharu

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia di Astana, semalam. -BERNAMA





ASTANA: Kazakhstan bersetuju memberi peluang kepada syarikat Malaysia untuk meneroka pelbagai bidang di negara Asia Tengah itu termasuk perlombongan dan tenaga boleh baharu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata selain itu, Kazakhstan juga mahu mengukuhkan kerjasama termasuk perkongsian pengetahuan kerana Malaysia mempunyai kepakaran dan kemahiran dalam industri pembuatan cip.

"Kazakhstan adalah negara penting di Asia Tengah kerana kekuatan ekonominya dan mereka juga mahu hubungan dengan Malaysia terus ditingkatkan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia di Astana, semalam. -BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia di Astana, semalam. -BERNAMA

"Mereka memberi peluang dan insentif istimewa kepada kita kerana hubungan dua hala dan diplomatik antara kedua-dua negara yang bermula sejak 1992, cuma ia tidak ditingkatkan," katanya pada sidang media di akhir lawatan rasmi selama dua hari ke Kazakhstan, hari ini.

Anwar tiba di sini kelmarin, dalam usaha mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kesepakatan itu dibuat dalam pertemuan beliau dengan Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev di Istana Presiden (Ak Orda) di sini kelmarin, yang disusuli mesyuarat dua hala delegasi masing-masing.

Turut sama dalam delegasi Perdana Menteri ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta pegawai-pegawai kanan pelbagai kementerian dan agensi.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, Malaysia dan Kazakhstan juga mahu memudahcara proses perdagangan dan pelaburan bagi menarik pelabur serta komuniti perniagaan meneroka peluang kerjasama baharu.

"Kita juga mahu mengukuhkan kerjasama dalam sektor berkepentingan seperti halal, perbankan Islam dan pertanian," kata beliau.

Mengenai Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia, semalam, Anwar berkata, empat memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani pada sesi berkenaan yang dijangka menjana eksport sebanyak RM1.6 bilion (AS$350 juta).

MoU yang dimeterai semalam membabitkan Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) dan Institut Kajian Strategik Kazakhstan (KazISS), Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) dan Dewan Perniagaan Kebangsaan Kazakhstan (Atameken).

Turut memeterai MoU adalah Hyrax Oil Sdn Bhd dan Kumpulan Syarikat Alegeum Electric serta antara Berkat OSH Services Sdn Bhd dan APEC Training Center LLP.

Kazakhstan, negara kesembilan terbesar di dunia, mempunyai kira-kira 20 juta penduduk dan lebih 70 peratus daripadanya beragama Islam.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Olzhas Bektenov dari Kazakhstan (9, kanan) menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan agensi dan syarikat kerajaan yang berkaitan dari kedua-dua pihakpada Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia di Astana, semalam. -BERNAMA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Olzhas Bektenov dari Kazakhstan (9, kanan) menyaksikan pertukaran beberapa Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan agensi dan syarikat kerajaan yang berkaitan dari kedua-dua pihakpada Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia di Astana, semalam. -BERNAMA

Ia bersempadan dengan Russia, China, Republik Kyrgyz, Uzbekistan, Turkmenistan dan sebahagian besar Laut Kaspia. Eksport utamanya ialah minyak, diikuti gas asli dan komoditi lain. Ia juga pengeluar utama gandum.

Sementara itu, menerusi catatan di laman Facebook, Anwar berkata, seramai 12 tokoh industri terkemuka Kazakhstan dari 12 syarikat yang tersenarai dalam Forbes menyertai Mesyuarat Pelaburan Meja Bulat Kazakhstan-Malaysia itu.

Beliau berkata antara syarikat yang menyertai pertemuan itu ialah Kazakhmys Corporation LLP, Magnum Cash & Carry, Orbis Kazakhstan, Mechta Market dan Alageum Electric Group.

Terdahulu, Anwar ditemu bual oleh akhbar berbahasa Inggeris Kazakh, Astana Times.

Sementara itu, Tokayev menyatakan kesediaan negaranya untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama dengan Malaysia semasa lawatan rasmi Anwar ke ibu negara Astana, kelmarin.

"Kazakhstan dan Malaysia mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama yang lama...Kami bersedia untuk melakukan usaha tambahan untuk meningkatkan interaksi dan kerjasama kami dalam banyak bidang penting," kata Tokayev semasa perbincangan dengan Anwar, lapor Agensi Anadolu, memetik kenyataan presiden Kazakhstan.

Sambil menegaskan bahawa beliau percaya lawatan Anwar akan memberi dorongan kuat kepada perkembangan lanjut hubungan antara Kazakhstan dan Malaysia, Tokayev berkata asas kukuh kerjasama yang saling menguntungkan telah terbentuk sepanjang 30 tahun hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

Tokayev seterusnya berkata, bahawa beliau percaya ini menjadi semakin penting, "dengan mengambil kira realiti geopolitik dan ekonomi moden."-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 1.934581 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list