CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6219|Reply: 1

[Jenayah] 'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Ahmad Azza Fahmi antara anggota polis yang terkorban dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram.

JOHOR BAHRU: 'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'. Begitulah luahan kakak kepada Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, seorang anggota polis yang maut dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, awal pagi tadi.

Menerusi hantaran di Instagram, kakak mangsa yang juga pemilik akaun i.shamimie turut berkongsi gambar kenangan arwah adiknya.

"Ami buat kami sedih. Kenapa pergi Ami???? Al fatihah, terima kasih kerana menjadi anak yang baik.

"Kuatkan kami sekeluarga hadapi ujian ini ya Allah. Dukacita dimaklumkan bahawa adik saya Ahmad Azza Fahmi telah meninggal dunia pagi ini. Mohon sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah adik saya," katanya.

Dua anggota polis maut dan seorang lagi cedera selepas diserang seorang lelaki bertopeng dalam kejadian di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi tadi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2024 05:11 PM | Show all posts
So young semoga ditempatkan bersama para shuhada

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.058508 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list