CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6203|Reply: 0

[Jenayah] Balai diserang JI: KPN lawat Koperal Hasif, keadaan dilaporkan stabil

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain (tengah), diiringi Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar (kiri), tiba di Hospital Sultan Ismail untuk melawat seorang anggota polis yang cedera dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi. - foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meluangkan masa melawat anggota polis yang cedera akibat tembakan suspek dipercayai ahli kumpulan pengganas Jemaah Islamiyah (JI), di Ulu Tiram, Johor hari ini.

Dalam satu perkongsian video di TikTok pemilik tanda nama 'Aman 1' itu dilihat berbual-bual bersama Koperal Mohd Hasif Roslan ketika sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ibrahim (HSI), Johor Bahru.

Mohd Hasif yang merupakan Anggota Cegah Jenayah di Balai Polis Ulu Tiram cedera akibat ditembak dalam insiden kira-kira jam 2 pagi, kini dilaporkan dalam keadaan stabil.

Terdahulu media melaporkan, dua anggota polis maut manakala seorang anggota cedera dalam serangan seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru awal pagi tadi.

Susulan itu, Razarudin dilapor berkata, suspek merupakan ahli JI iaitu lelaki tempatan berusia 21 tahun didapati sudah membuat perancangan rapi menyerang balai berkenaan.

Serbuan di rumah suspek turut mendapati lelaki itu menyimpan maklumat berkaitan JI.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21672 Replies : 64
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 5694 Replies : 75
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 205096 Replies : 4906
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4338 Replies : 8
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 3593 Replies : 23
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12349 Replies : 9
upsr bocor versi murid, cikgu, bapak
jonedoeupsr bocor versi murid, cikgu, bapak
Views : 5692 Replies : 24
Oh ni lah dia sebabnya....
RalineOh ni lah dia sebabnya....
Views : 3679 Replies : 28
Transfer aset trading?
KogoromouriTransfer aset trading?
Views : 5829 Replies : 11
Cara-cara nak tonton siaran TV dan Astro online secara percuma
khairulikhwanCara-cara nak tonton siaran TV dan Astro
Views : 30438 Replies : 30

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 03:54 PM GMT+8 , Processed in 0.050683 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list