CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6231|Reply: 0

[Tempatan] Digitalisasi pendidikan perlu jadi antara keutamaan Belanjawan 2025

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:44 AM | Show all posts |Read mode
Digitalisasi pendidikan perlu jadi antara keutamaan Belanjawan 2025. - Foto hiasan




KUALA LUMPUR: Peruntukan khas bagi digitalisasi pendidikan perlu diberi keutamaan pada Belanjawan 2025 kelak, bagi memastikan hasrat kerajaan untuk melonjakkan prestasi guru dalam bidang digital dapat direalisasikan.

Persatuan guru berpandangan, infrastruktur sedia ada bagi menyokong persekitaran digitalisasi belum memuaskan, terutama di sekolah luar bandar dan pedalaman, dengan ada sekolah yang masih berdepan masalah capaian internet dan intra digital.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang meminta kerajaan memberi fokus kepada aspek berkenaan, seiring pengumuman inisitif digitalisasi pendidikan yang diumumkan Kementerian Pendidikan (KPM) semalam.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang . - Foto fail BERNAMA
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Aminuddin Awang . - Foto fail BERNAMA

"Setakat ini, kami masih tidak berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan kepada guru dalam aspek prasarana dan banyak penambahbaikan perlu dilakukan segera untuk membolehkan pendidikan kita bergerak seiring perkembangan dunia.

"Peruntukan khas untuk digitalisasi pendidikan ini perlu menjadi keutamaan dalam belanjawan nanti," katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-53 2024, KPM mengumumkan beberapa inisiatif, antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata inisiatif berkenaan termasuk menyediakan ruang bagi guru meningkatkan kemahiran, menerusi kursus pemerkasaan teknologi, khasnya dalam domain Kecerdasan Buatan (AI) dengan nilai RM1juta, dengan menyasarkan 500 guru terpilih di seluruh negara.

Selain itu katanya, kerjasama KPM dengan Apple Professional Learning Specialist Malaysia turut dilaksanakan bagi melatih dan membimbing 100,000 guru untuk diiktiraf sebagai 'Apple Teacher'.

Mengenai kesediaan guru, Aminuddin berkata, guru di negara ini, khususnya guru novis sentiasa berminat dan bersedia untuk meneroka teknologi pendidikan.

Bagi guru dalam lingkungan usia 55 hingga 59 tahun pula katanya, mereka dilihat agak ketinggalan dari segi kemahiran teknologi.

"Bagaimanapun, semua pihak tidak perlu mempertikaikan mengenai sikap dan kesediaan guru untuk menyahut cabaran itu. Apa yang paling penting, sediakan segala prasarana yang diperlukan," katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, berkata infrastruktur yang mencukupi dan latihan berterusan perlu diberikan kepada guru bagi meningkatkan kecekapan mereka dalam bidang digital.

Katanya, KPM sudah melancarkan Dasar Pendidikan Digital pada tahun lalu, justeru ia kini bergantung kepada sejauh mana guru dibekalkan ilmu dan kemahiran, yang perlu dilakukan melalui siri latihan dan bimbingan serta sokongan semua pihak, daripada pentadbir, komuniti, ibu bapa hingga rakan industri.

"Jika tidak cukup prasarana, bagaimana kita ingin meningkatkan kecekapan guru. Kepemimpinan sekolah juga perlu bergerak seiring dengan hasrat besar KPM ini.

"Guru perlu diberikan kefahaman yang tepat untuk memastikan mereka bertindak dengan betul, seiring keperluan semasa yang menuntut keupayaan mereka dalam pengajaran secara digital," katanya.

Pada masa sama, Mohd Azizee berkata, guru juga perlu bersedia dari sudut minda untuk berdepan transformasi pendidikan, terutama dalam aspek digital, yang perlu diterjemahkan melalui penguasaan ilmu dan kemahiran.

"Justeru, warga guru perlu anjakan paradigma dan sikap untuk bersedia dengan perubahan. Tidak boleh berada di zon selesa.

"Ilmu, kemahiran dan kecekapan diri berkaitan digital perlu ditingkatkan. Mereka perlu bersedia berubah dan bergerak seiring keperluan zaman," katanya.

Mohd Azizie berkata, walaupun digitalisasi pendidikan menjadi agenda penting, isu keciciran murid dan beban tugas guru terus diberi perhatian oleh KPM supaya ia tidak menjadi faktor penghambat kepada hasrat murni itu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 02:22 AM GMT+8 , Processed in 0.050577 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list