CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7062|Reply: 0

[Johor] Serangan balai polis: Penyerang ini bertindak secara ‘lone wolf’ – Saifuddin

[Copy link]
Post time 18-5-2024 11:58 AM | Show all posts |Read mode

SAIFUDDIN ketika mengadakan sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Polis sudah mengambil keterangan ke atas 46 individu bagi membantu siasatan kes serangan berdarah ke atas Balai Polis Ulu Tiram, di sini awal pagi semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, individu yang diambil keterangan itu disiasat sama ada mempunyai kaitan dengan rangkaian kumpulan fahaman Jemaah Islamiah atau tidak.

“Hasil dapatan daripada maklumat yang diperolehi daripada hasil siasatan ke atas individu ini, pasukan Polis Diraja Malaysia Diraja Malaysia (PDRM) mendapati suspek yang melakukan serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendirian atau secara ‘lone wolf’.

“Serangan ke atas balai polis semalam adalah dilakukan sendirian bukan melibat satu organisasi besar yang boleh dikaitkan dengan (gerakan) Jemaah Islamiah ini yang boleh mengancam keselamatan awam,”katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Saifuddin berkata, bagaimana kesemua individu yang diambil keterangan itu dilepaskan dan hanya keluarga terdekat suspek sahaja ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, lima keluarga itu terdiri daripada ibu, bapa serta adik-beradik suspek yang berusia 19 hingga 62 tahun.-KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... an-jemaah-islamiah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 02:14 AM GMT+8 , Processed in 0.166213 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list