CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6818|Reply: 1

Kim Swee geram anak buah leka

[Copy link]
Post time 18-5-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode

DATUK Ong Kim Swee. FOTO Sabah FC

Kota Bharu: Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee tidak dapat menyembunyikan perasaan geram kepada anak buahnya apabila menang tipis kepada Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) 3-2 dalam saingan Liga Super, malam tadi.

Kim Swee jelas kecewa berikutan pelawat mendahului dengan jaringan 3-1, namun bolos gol kedua pada minit terakhir perlawanan pada masa tambahan babak kedua.

Malah skuad Badak nyaris berkongsi mata dengan tuan rumah apabila video pembantu jurulatih (VAR) membuat semakan kemungkinan penalti kepada skuad Kijang Emas namun tidak sempat berikutan tamat masa perlawanan. Kim Swee berkata, pasukannya sendiri meletakkan mereka dalam keadaan bergelut untuk menang ke atas KDN FC.

"Dari segi kemenangan dan jaringan gol kita amat berpuas hati cuma gol kedua Kelantan hasil sepakan percuma kita tak puas hati.


"Ini kelemahan kita, kita tak kawal, mendahului tak bermakna kita harus leka," katanya pada sidang media selepas perlawanan di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu, di sini malam tadi.

Pengendali berasal Melaka itu berkata, pasukan harus sedar bila berdepan Kelantan yang sudah banyak menunjukkan peningkatan selain aura beraksi di Kota Bharu.

Ditanya peluang penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat untuk kembali menyarung jersi kebangsaan, Kim Swee berkata, itu bergantung kepada pihak jurulatih dan barisan kejurulatihan.

"Kita tahu Apek (Fahmi) main dengan konsisten sepanjang bersama Sabah, tiada apa yang nak dipersoalkan,"katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... eram-anak-buah-leka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:04 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-6-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050170 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list