CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3616|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Upah RM21,000, kerja angkut pendatang haram ke KL

[Copy link]
Post time 18-5-2024 02:06 PM | Show all posts |Read mode

Imigresen tahan tujuh dan seorang transpoter warga Bangladesh di Kuala Lumpur. Foto ihsan Imigresen.

Putrajaya: Guna kereta Perodua Myvi bagi mengangkut dan memindahkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) warga Bangladesh dari Kelantan ke ibu negara.

Itu modus operandi digunakan sindiket pemerdagangan manusia membabitkan tujuh lelaki Bangladesh yang ditumpaskan hasil operasi khas di sebuah premis kediaman di Jalan Sultan Ismail di sini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh berkata, sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya berjaya menjejaki dan menumpaskan sindiket penyeludupan manusia itu jam 7.02 malam, kelmarin.

"Pihak kami terlebih dahulu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang suspek warga Bangladesh di lot parkir premis berkenaan.


"Suspek yang menyedari kehadiran pasukan operasi cuba melarikan diri namun berjaya dipintas," katanya.

Beliau berkata, suspek berusia 33 tahun diberkas bersama dua PATI warga sama yang berada di dalam kenderaan itu.

"Kami yakin suspek berperanan sebagai 'transporter' (pengangkut) atau individu yang memindahkan PATI dari satu lokasi ke lokasi lain.

"Hasil pemeriksaan susulan ke kediaman berhampiran menemui lima lagi PATI Bangladesh berusia

lingkungan 21 higga 38 tahun," katanya semalam.

Menurutnya. kesemua warga Bangladesh yang ditahan itu tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah untuk berada di negara ini.

Dalam operasi itu, imigresen turut merampas 10 naskhah pasport Bangladesh, tiga unit telefon bimbit, wang tunai RM500 dan kereta Perodua Myvi yang dipercayai untuk mengangkut PATI.

Ruslin berkata, modus operandi sindiket adalah dengan membawa PATI terutamanya warga Bangladesh yang ingin mencari peluang pekerjaan secara haram di negara ini dengan menaiki pesawat dari Bangladesh ke Vietnam.

Menurutnya, PATI akan dibawa menaiki kereta ke Thailand seterusnya menaiki bot untuk dibawa ke Kelantan.

"PATI akan dihantar ke lokasi yang dipilih sendiri setelah selesai membuat bayaran kepada ejen warga Bangladesh yang berada di Malaysia," katanya.

Ruslin berkata,hasil siasatan awal mendapati, sindiket mengenakan bayaran RM13,000 hingga RM21,000 bagi setiap PATI dan sudah beroperasi selama dua bulan.

Menurutnya, 'transporter' yang ditahan disyaki telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran(ATIPSOM) 2007 manakala warganegara asing yang lain ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta AntiPemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ndatang-haram-ke-kl
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 1.530216 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list