CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3704|Reply: 0

[Perak] Rumah, wang simpanan dihanyutkan arus deras

[Copy link]
Post time 18-5-2024 02:07 PM | Show all posts |Read mode

Alias menunjukkan saki baki kediamamnya yang musnah akibat dihanyutkan banjir di Kampung Jelutung, Changkat Ibol,semalam. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI

Bukit Gantang: Seorang mangsa banjir di Kampung Jelutung di sini, berputih mata apabila rumah sewa yang didiaminya runtuh dan dihanyutkan banjir semalam.

Lebih menyedihkan semua barangan perniagaan kosmetik serta wang simpanan lebih RM3,000 turut dihanyutkan banjir.

Alias Awang, 56, berkata ketika kejadian awal pagi dia berada Pulau Pinang atas urusan kerja.

"Pada jam 8 malam, adik dan orang kampung beritahu rumah saya yang terletak di tepi Sungai Bukit Gantang tidak lagi selamat kerana runtuh akibat arus deras.


"Sekitar jam 2 pagi keseluruhan rumah runtuh dan hanyut dibawa arus deras," katanya ditemui di Kampung Jelutung, Changkat Ibol di sini, hari ini.

Alias berkata dia kini tinggal sementara di pondok yang tiada bekalan elektrik di Banggul Nering berhampiran dengan rumahnya.

"Ini kejadian kali ketiga sejak tahun 2022. Sebelum ini rumah yang dalam pembinaan di atas tanah pusaka keluarga musnah akibat banjir

"Selepas rumah terbengkalai saya mengambil keputusan tinggal di pondok sama pada tahun lalu namun pondok itu turut musnah dilanda ribut," katanya.

Seorang lagi mangsa banjir, Syaidatul Roraniza Abdul Aziz, 35, berkata lapan motosikal tiga kereta serta sebuah lori miliknya dan pekerja turut musnah ditenggelami air.

Menurutnya, selain kenderaan, peralatan kerja seperti mesin rumput, mesin pemotong dan peralatan lain turut musnah ditenggelami air.

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal ketika melawat mangsa banjir berkata pihaknya akan membina sebuah rumah kecil di atas tanah milik mangsa dan membantu membaik pulih peralatan dan kenderaan mangsa yang rosak akibat banjir.

Menurutnya, 150 keluarga terkesan dengan kejadian banjir di Parlimen Bukit Gantang dan pihaknya menyampaikan bantuan awal bernilai keseluruhan RM75,000 kepada mangsa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... anyutkan-arus-deras
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 01:33 PM GMT+8 , Processed in 1.675220 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list