CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3741|Reply: 1

Selangor cari 'penawar' tambahan Faisal, JDT buru mangsa pertama

[Copy link]
Post time 18-5-2024 02:12 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Aksi berdepan Kedah Darul Aman (KDA) di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini bukan sahaja menjadi aksi sulung Selangor dalam Liga Malaysia (Liga M) 2024-2025, malah perlawanan itu juga bakal mencetuskan emosi susulan insiden malang menimpa pemain mereka, Faisal Halim.

Faisal atau lebih mesra disapa Mickey masih dirawat di hospital selepas menjadi mangsa simbah asid pada 5 Mei lalu dengan nasib yang menimpa pemain berusia 26 tahun itu mendapat perhatian banyak pihak termasuk komuniti bola sepak di luar negara.

Meskipun masih menjalani prosedur rawatan, namun Faisal dilaporkan tetap mengambil tahu mengenai perkembangan semasa pasukan Gergasi Merah dan kemenangan ke atas Sang Kenari boleh menjadi 'penawar tambahan' buat pemain sayap itu.

Ketiadaan kelibat Faisal pasti akan dirasai dengan dia menjadi antara tonggak penting ketika Selangor muncul naib juara Liga Super 2023 selain turut meledak satu gol untuk membantu skuad itu bangkit menewaskan KDA 3-2 dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, musim lalu.


Banyak kenangan manis yang dicipta Faisal bersama Selangor selepas menyertai kelab itu musim lalu dengan dia juga antara pemain yang dekat di hati penyokong Gergasi Merah.

Justeru, semangat Faisal turut akan dibawa barisan pemain Selangor apabila berdepan KDA yang mana kemenangan bakal menjadi hadiah bermakna Gergasi Merah buat pemain berasal dari Pulau Pinang itu.

Tugas penting ketika ini terletak dibahu ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil dalam membentuk ramuan terbaik terutama meletakkan pengganti Faisal di bahagian serangan.

Tekanan pasti turut dirasai pengendali berusia 44 tahun itu kerana ia juga menjadi ujian pertamanya selepas diberikan tanggungjawab besar mengemudi Gergasi Merah musim ini susulan tindakan mengejut Tan Cheng Hoe menyertai kelab Thailand, Police Tero FC.

Satu lagi aksi tumpuan yang akan berlangsung, hari ini membabitkan pertembungan juara bertahan Liga Super 10 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan Negeri Sembilan di Stadium Sultan Ibrahim.

Ia juga menjadi aksi sulung buat kedua-dua pasukan itu musim ini dengan JDT diberikan kemenangan percuma dalam aksi Piala Sumbangsih yang sepatutnya berlangsung, Jumaat lalu selepas Selangor membuat keputusan menarik diri.

Negeri Sembilan pula tidak terbabit dengan aksi minggu pertama Liga Super kerana bilangan ganjil pasukan bertanding dalam saingan utama itu musim ini iaitu sebanyak 13 pasukan susulan Kelantan gagal mendapatkan lesen kebangsaan.

Tampil selaku pasukan gergasi, Harimau Selatan boleh dianggap akan turun dengan misi memburu mangsa pertama bagi saingan musim ini selepas meraih kemenangan tanpa bermandi peluh dalam aksi Piala Sumbangsih.

Menang tanpa bertanding bukan menjadi idaman skuad kendalian Hector Bidoglio dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik JDT sebelum ini mengakui sedih menjulang Piala Sumbangsih dengan cara begitu.

Jadi, Negeri Sembilan yang dilabel sebagai pasukan kerdil dalam Liga Super musim ini boleh dikatakan berada dalam bahaya kerana JDT mungkin mahu melepas geram selepas tidak beraksi dalam Piala Sumbangsih.

Malah, Harimau Selatan juga dijangka akan tampil lebih garang berbanding musim ini lalu dengan kehadiran tonggak import baharu termasuk dua pemain termahal Liga M musim ini, Jalil Elias dan Francisco Geraldes.

https://www.bharian.com.my/sukan ... buru-mangsa-pertama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 06:04 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203145 Replies : 4835
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12577 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15
DIKEHENDAKI!
KurexDIKEHENDAKI!
Views : 6278 Replies : 39
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 7918 Replies : 2
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7618 Replies : 41
Memperkenalkan......mesin pengesan hujan!!!!
ChairmanMemperkenalkan......mesin pengesan hujan
Views : 10860 Replies : 81
kambing yang comel
zazazieglerskambing yang comel
Views : 10710 Replies : 42
Jangan Buat Perangai Macam Gaji
XimJangan Buat Perangai Macam Gaji
Views : 7103 Replies : 40

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.073491 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list