CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6877|Reply: 1

Derryk mahu gegar Litar Tangkak

[Copy link]
Post time 18-5-2024 06:09 PM | Show all posts |Read mode

Derryk ketika majlis pengenalan pasukan, hari ini. Foto Team KMTR Asia

KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Team KMTR Asia, Derryk Lee sudah bersiap sedia untuk menggegar Litar Tangkak yang bakal menjadi venue pembuka tirai kempen 2024 bagi Kejuaraan Supermoto Malaysia 2024 dari 25 hingga 26 Mei ini.

Derryk, 22, bakal membuat penampilan musim penuh sulungnya di kejuaraan berkenaan dalam kelas SM Evo dengan dirinya mempunyai cukup keyakinan untuk memburu kemenangan dalam usaha memburu gelaran juara keseluruhan.

"Saya akan cuba buat yang terbaik untuk menunjukkan prestasi sebaik mungkin. Saya harap begitu kerana berdasarkan pengalaman tahun lalu (ketika wild card), prestasi saya OK dan boleh dapat penamat di tempat pertama ataupun kedua.

"Untuk tahun ini, saya nak memperbaiki lagi kelemahan yang ada seperti dari sudut mengawal jentera untuk cuba bersaing merebut gelaran keseluruhan. Saya mempunyai keyakinan untuk mendapatkan gelaran keseluruhan untuk tahun ini," katanya yang ditemui selepas majlis pengenalan pasukan, hari ini.


Kejuaraan Supermoto Malaysia 2024 dijadual berlangsung sebanyak empat pusingan dengan Litar Tangkak bakal menjadi venue bagi Pusingan 1 dari 25 hingga 26 Mei ini sebelum beralih ke Litar Universiti Malaysia Perlis (Unimap) pada Ogos ini manakala baki dua pusingan lagi masih belum diumumkan secara rasmi.

Ditanya mengenai litar Tangkak, Derryk yang pernah menyertai Kejuaraan Cub Prix Malaysia pada 2017 dan 2018 berkata, dia menjangkakan satu persaingan yang sengit.

"Tahun ini, 'layout' perlumbaan sama seperti digunakan dalam Kejuaraan Cub Prix. Saya ada pengalaman di Tangkak sebelum ini ketika saya berlumba dalam perlumbaan One Make Race... harap dapat membantu saya nanti," katanya.

Dalam pada itu, pemilik pasukan Team KMTR Asia, Justin See berkata, Derryk mempunyai potensi untuk berada dalam kelompok tiga terbaik pada kempen kali ini.

"Dia mempunyai potensi untuk berada dalam kedudukan tiga terbaik. Saya harap dia dapat berada dalam kelompok itu dan kalau boleh pada akhir musim nanti, dia dapat merangkul kejuaraan (keseluruhan)," kata Justin.
https://www.bharian.com.my/sukan ... gegar-litar-tangkak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2024 07:22 PM | Show all posts
Lee Zhi Chia won the badminton thailand open 2024. proud of Malaysia. here is the video and enjoy it.

https://youtu.be/wEhnJgpXiyY
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41527 Replies : 253
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 1227 Replies : 5
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203440 Replies : 4848
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12237 Replies : 5
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 12678 Replies : 195
PERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
LaracropPERFUME ORIGINAL MURAH GAIS
Views : 4192 Replies : 15

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 1.108481 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list